Tuesday 10 April 2012

Tiada gelaran BODOH tetapi hanya gelaran MALAS

Salam.Cik Hati nak tulis entry pasal satu benda ni.Cik Hati ada bersembang dengan adik Cik Hati yang baru habis SPM. Cik Hati tanya kenapa dia tak mahu sambung belajar lagi dah. Jawapan dia mudah, "aku ni bukan pandai pun nak masuk U macam ang." Pehal pulak dia jawab macam tu kan.. Dia ingat kakak dia ni pandai sangat ke? lahir-lahir terus cerdik? dok baca buku dari dalam perut mak ka? haaaaiiihh~~ angin sungguh Cik Hati bila ada orang bagi alasan macam tu bila tak nak sambung belajar.

Memang la Cik Hati sedia maklum yang result SPM dia tak la gempak macam orang lain, tapi usaha itu yang membezakan kita semua. Tidak semestinya orang yang dapat straight A dalam SPM confirm berjaya dalam hidup, dan tak semestinya orang yang gagal akan terus gagal dalam hidup. Kata-kata Cik Hati mudah ja untuk adik Cik Hati dan orang-orang yang berfikiran macam adik Cik Hati ni,"Mana ada orang bodoh dalam dunia ni,orang malas je yang ada. Orang yang malas nak berusaha,orang yang malas nak betulkan kesilapan dia dan hanya orang yang malas je tak ambil peduli tentang masa depan dia.



*Hidup kalau tak berusaha,memang tak ke mana la.

Thursday 15 March 2012

Kita Kawan? Jom kahwin.(Pengaruh Drama)


Korang suka tengok drama di tv3? Filem di panggung wayang? Baca novel? Kalau korang suka, mesti korang akan ikut semua cerita tu dengan penuh imaginasi korang tersendiri kan? Tapi pernah tak korang sedar yang di sekeliling kita ni, lagi banyak cerita untuk kita ikuti. Cerita yang tak perlukan imaginasi,yang jelas terpapar depan mata. Cewaaahhh…gila baq ang..Stat-stat taip stail novelist nuuuuu….Hahaha..

Ok, kembali serius. Bukan apa, sejak dua menjak ni, Cik Hati perasan yang banyak pulak drama-drama kat tv. Mengikut kajian dan pemerhatian Cik Hati, kalau korang pun perasan la..Bukan perasan cantik or kacak k, tapi perasan yang drama kt tv3 sekarang ni banyak buat kisah tentang kawan/sahabat then, diorang kahwin. Contoh :: Vanila Coklat, Pelangi Kasih dan BFF. Cik Hati pun ada kawan gak, kenapa diorang tak ajak kahwin macam tu pun? Hahaaha..(k, fine..aku tak kawan dengan anak dato’, aku tak kawan dengan pilot dan aku bukan anak koprat..hehe)

Ingat kahwin macam dalam filem ka?


Cerita hidup/reality tak semudah cerita drama dalam tv. Dalam beberapa episod ja boleh jatuh cinta, boleh kahwin, dan boleh ada anak beberapa tahun kemudian..(tak dan 10 episod pun dah boleh kecapi semua tu).

#Realiti Hidup lebih indah dari drama, filem mahupun novel. Ini adalah FAKTA jika anda hargai kehidupan.

Friday 2 March 2012

#Memori Zaman Sekolah

Salam, baru-baru ni Cik Hati ada bersembang dengan roommates Cik Hati pasal kenangan zaman sekolah. Tetiba ja masing-masing bercerita hal sekolah, padahal dok tengah makan masa tu.(unik kan kami, dalam dok makan pun boleh bercerita macam-macam). Kekawan Cik Hati pun mula la bercerita pasal memori zaman sekolah diorang. Banyak benda yang kami rindukan bila dah 4 tahun  tinggalkan zaman persekolahan. Antara benda gila dan tidak matang yang pernah kami lakukan:-

  • kena denda berdiri kat papan hitam (sambil tersenyum malu)
  •  kena rotan sebab bergaduh (sebab kes ejek mengejek)
  •  kena marah dengan cikgu sebab bersembang.(bersembang siap pusing kerusi mengadap kawan belakang)
  •  Keluar rehat/tandas 5minit awal sebelum bunyi loceng (boleh awal sebelum orang lain)
  •  Pakai anak tudung hitam (aku tak faham kenapa kena pakai anak tudung putih =_=’)
  •  Tak tukar kasut lepas Pendidikan Jasmani (malas nak bawak kasut sekolah)
  •  Ponteng kelas dan lepak dalam bilik kaunseling (pura-pura ada temu janji dengan kaunselor)
  •  Makan roti tengah-tengah malam dalam dorm (ala, yang roti hi5 0.50sen tu,dulu la..sekarang dah naik harga)
  •  Sorok handset dalam tin biskut (bila ada spot-check mengejut dalam dorm)
  • Kena kejar dengan guru disiplin keliling sekolah (tapi tak dapat tangkap pun..hehe)
  • Buat-buat rajin nak tolong cikgu pergi ambil buku kat bilik guru (padahal melencong pergi berjalan-jalan)
  • Pergi tandas bersama beg 5minit sebelum tamat kelas (boleh balik awal)
  • Makan ramai-ramai dalam kelas(malas nak pergi kantin )
  • Beli keropok/coklat buat simpanan makan dalam kelas masa kelas Biologi dan Add Math(maaf cikgu..)
  • Ikut laluan belakang bila ada spot-check lepas perhimpunan
  • Anti-pengawas (marah sebab diorang macam ada kelonggaran dalam peraturan sekolah..TAK ADIL..!)

Kekawan dari zaman sekolah rendah lagi.(Yang tengah tu,sekarang satu kos and satu u dengan Cik Hati)

Comel tak Cik Hati masa zaman sekolah..hehe

Rindu sangat-sangat dekat diorang

*Kekadang kita akan tersenyum sendiri bila terkenangkan apa yang kita pernah lakukan dulu. #Memori Zaman Sekolah memang tersendiri dan menarik.

*Cik Hati rindukan zaman sekolah. (masa sekolah, Cik Hati selalu cakap, bosan pergi sekolah, tapi bila dah habis sekolah, Cik Hati nak sangat pergi sekolah)

Thursday 23 February 2012

Kekalutan Jiwa


Salam..Minggu ni memang minggu yang sangat memenatkan zahir dan batin. Cik Hati busy dengan assignment, quiz and test.(Buat gaya aku sorang ja yang hadapi semua tu). Entah kenapa bila dah penat and tak cukup tido, memang tak boleh focus la masa belajar kan..(aku tido cukup 8 jam pun aku tak focus jugak dalam kelas +_+). Dalam mengantok jugak la Cik Hati kena menambah ilmu dalam bidang Adobe..Kena pulak minggu ni belajar InDesign, paiiiihhhh~~~~~ memang TAKKK la nak dapat. Ingatkan bila dah belajar Photoshop dengan Ai, boleh la celik sikit hati ni menerima InDesign, rupanya, sampai mengamuk Cik Hati dibuatnya..Haaiiihhh~~ (mengeluh sikit).

Preservation and conservations, eh, maaf tertaip assignment dalam entry pulak..maaf..(MOTIF: nak bagitau yang aku tengah buat assignment masa update entry).Ok, sambung balik…Memang menarik bila dapat peluang belajar semua tu, tapi disebabkan malas nak explore sendiri, ini lah hasilnya--à TAK FAHAM-à TAK JADI SEPERTI YANG DIMAHU….=_=”..Bak kata lecturer Cik Hati, “Semua ada dalam buku manual tu,nak tak nak ja kamu nak belajar”..OK, Cik Hati mengaku kata-kata itu benar belaka. Maaf En.Mahadi, salah saya sebab tak belajar bersungguh-sungguh..(Ada gaya orang menyesal tak? Ok, serius….memang salah saya.)


Ditambahkan lagi dengan quiz programming tadi. Sah….Cik Hati mampu jadi hilang kawalan. Silap-silap boleh bertukar jadi raksasa (tapi aku nak raksasa comel ok.) Memang masa buat quiz tadi, Cik Hati mengaku yang Cik Hati buat dengan penuh keyakinan (hakikatnya, aku memang tak reti programming..kenyataan kottttt….). Maaf En.Latif sebab kecewakan encik..Saya tak mampuuuuuuuu..T_T

*Cukup la luahan hati…Sambung taip assignment pulak.okbai.

Wednesday 8 February 2012

Berjimba Di Permata Kedah

Salam.Lama Cik Hati mendiam.Sebenarnya, Cik Hati busy dengan assignment & kelas..(OK,tipu la kalau busy sangat). Minggu lepas, bagi melapangkan dada dan hati yang bergelora dengan kerja yang banyak, Cik Hati pergi bercuti dengan housemates Cik Hati, Cuba teka kami pi mana? Kami pergi PERMATA KEDAH tau...Permata Kedah= Langkawi..!! (Muka Riak sebab dapat bercuti dengan kawan-kawan pakai duit sendiri)

Kami dapat jimat besar sebab membe Cik Hati memang orang Langkawi,So, budget untuk makan  + transport+ Penginapan----> Tak Perlu Risau. ^_^ (Thanz Syiqin sebab bagi kami menumpang kasih)

Di Pantai Chenang(Apsal la Cik Hati macam kurus sangat..=_=')

Meet My Frenz: Dari atas: Ika,Hana,Ckin,Shaf n Cha (Tinggal lagi sorang Husna)

Waktu Senja memang cantik (nasib baik Ckin da kamera DSLR..MOTIF BAGITAU??)
Naik bot untuk Island Hopping-RM25 ja, boleh melawat 3 PULAU ok..(Omputih tu macam tak sudi ja gambar dia disnap sekali)

Nampak tak bentuk wanita mengandung--->merujuk pada gunung itu..gunung ka bukit entah 






Jalan di jambatan dekat Cable Car (tak tau la apa nama jambatan ni)


Tayang tiket Cable Car

Ececeh.....^_^


Tasik Dayang Bunting-Abaikan selipar tu k

Selipar yang berjasa untuk kaki kami-Selipar ada tanah Langkawi



Thanz to Ckin sebab sudi jadi tour guide kami & sudi bagi kami menumpang + makan + bawak naik kereta = Kami Puas Hati

# Dapat bercuti memang tenang dan best, tapi bila balik terus bersepah Assignment tunggu kami =_="
* Lain kali nak pergi Fraser Hill pulak la nak naik flight (Sembang stail anak dato')

Thursday 26 January 2012

Karut di kala Senja

Salam...Lama Cik Hati tak update entry kan? Biasa la Cik Hati sibuk sikit bila dah mula kelas ni(alasan kukuh,kononnya student berdedikasi,padahal layan FB ja pun). Korang perasan tak yang sejak dua menjak ni,Cik Hati kerap tukar header kan? Itu la pasalnya,sejak-sejak ada kelas photoshop ni, tangan gatai ja nak mengedit gambar.hehe..Setakat ni ja la Cik Hati menaip na.Nak pergi tandas jap.OK Bye.

#Saja nak habaq tukaq header lagi =_="

Friday 6 January 2012

Tahun Baru,Header Baru

Assalamualaikum...Lama Cik Hati tak update entry kan..Mesti ramai yang rindu nak baca nukilan Cik Hati kan..(ok,perasan,xdak sapa kesah pun aihhhh...)..Sedar-sedar dah masuk Tahun 2012, Cik Hati pun akan berumur 12 Tahun (OK, terbalikkan la angka tu...) Tak dak apa sangat pun yang Cik Hati nak tulis,cuma nak menunjuk header baru ja pun.Nampak tak tajuk enrty pun dah berbaur bongkak..hahaha...

ni la header baru Cik Hati


Saja ja nak buat header baru bila dah masuk tahun baru ni kan,kot-kot la ada followers baru jugak kan..(HARAPAN) k la, cukup setakat ni dulu ya.Sampai ketemu lagi ya, dalam rancangan baca-baca blog Cik Hati..(Paddia la yang aku karut ni =_=")

#Semoga Tahun 2012 membawa keberkatan kepada kita semua.AMIN~~