Friday, 2 March 2012

#Memori Zaman Sekolah

Salam, baru-baru ni Cik Hati ada bersembang dengan roommates Cik Hati pasal kenangan zaman sekolah. Tetiba ja masing-masing bercerita hal sekolah, padahal dok tengah makan masa tu.(unik kan kami, dalam dok makan pun boleh bercerita macam-macam). Kekawan Cik Hati pun mula la bercerita pasal memori zaman sekolah diorang. Banyak benda yang kami rindukan bila dah 4 tahun  tinggalkan zaman persekolahan. Antara benda gila dan tidak matang yang pernah kami lakukan:-

  • kena denda berdiri kat papan hitam (sambil tersenyum malu)
  •  kena rotan sebab bergaduh (sebab kes ejek mengejek)
  •  kena marah dengan cikgu sebab bersembang.(bersembang siap pusing kerusi mengadap kawan belakang)
  •  Keluar rehat/tandas 5minit awal sebelum bunyi loceng (boleh awal sebelum orang lain)
  •  Pakai anak tudung hitam (aku tak faham kenapa kena pakai anak tudung putih =_=’)
  •  Tak tukar kasut lepas Pendidikan Jasmani (malas nak bawak kasut sekolah)
  •  Ponteng kelas dan lepak dalam bilik kaunseling (pura-pura ada temu janji dengan kaunselor)
  •  Makan roti tengah-tengah malam dalam dorm (ala, yang roti hi5 0.50sen tu,dulu la..sekarang dah naik harga)
  •  Sorok handset dalam tin biskut (bila ada spot-check mengejut dalam dorm)
  • Kena kejar dengan guru disiplin keliling sekolah (tapi tak dapat tangkap pun..hehe)
  • Buat-buat rajin nak tolong cikgu pergi ambil buku kat bilik guru (padahal melencong pergi berjalan-jalan)
  • Pergi tandas bersama beg 5minit sebelum tamat kelas (boleh balik awal)
  • Makan ramai-ramai dalam kelas(malas nak pergi kantin )
  • Beli keropok/coklat buat simpanan makan dalam kelas masa kelas Biologi dan Add Math(maaf cikgu..)
  • Ikut laluan belakang bila ada spot-check lepas perhimpunan
  • Anti-pengawas (marah sebab diorang macam ada kelonggaran dalam peraturan sekolah..TAK ADIL..!)

Kekawan dari zaman sekolah rendah lagi.(Yang tengah tu,sekarang satu kos and satu u dengan Cik Hati)

Comel tak Cik Hati masa zaman sekolah..hehe

Rindu sangat-sangat dekat diorang

*Kekadang kita akan tersenyum sendiri bila terkenangkan apa yang kita pernah lakukan dulu. #Memori Zaman Sekolah memang tersendiri dan menarik.

*Cik Hati rindukan zaman sekolah. (masa sekolah, Cik Hati selalu cakap, bosan pergi sekolah, tapi bila dah habis sekolah, Cik Hati nak sangat pergi sekolah)

4 comments:

Cik Atien said...

tiba - tiba je atien jadi rindu gila zaman sekolah dulu2. :)

Cik Hati said...

@Cik Atien pe lagi..pergi la lalu depan sekolah..hehe

SHieMa said...

Ni aku nak marah nie. awat xda gambar aku? hahahaha
aku tak tau pon kau buat semua tue weyh.
aku tak pernah buat semua tu... okla aku buat sikit jer... :P

Cik Hati said...

@SHieMa ada la gambar ko..aku x published ja kat sini..(ingat lagi tak gambar yang kita makan aiskrim ramai2 tu--->nampak sangat macam budak2..SEGAN..hahaha)