Monday 29 August 2011

Tiga Kata Ja Wei...!


TIGA KATA…Memang bunyi macam tak la seberapa pun kan..Tapi bagi yang menghargai dan memahami akan faham akan betapa besar ertinya. Setiap kata-kata tidak boleh di nilai dengan berapa patah perkataan itu di ungkap mahupun ditaip kat Microsoft words.(korang boleh je check berapa words dah korang taip…tak payah la nak wat tekun pi kira word by word kan…=_=)

Sebagai contoh nak bagi korang faham apa yang Cik Hati cuba sampaikan ni adalah TIGA KATA keramat ni “I LOVE U”,” WOA AI NI”, “AKU CINTA PADAMU”..ha, Nampak…Kan dah tersenyum kalau da mamat or awek yang kata macam tu kat korang kan..Memang boleh terbitkan senyuman jiwa raga la katakan..^_^ Tak kisah la dalam bahasa apa sekali pun..maknanya tetap sama kan…Mesti korang rasa bahagia dan di hargai kalau orang yang korang sayang ungkapkan TIGA KATA keramat ni kan…(tak kisah la family, GF/BF, BFF or jiran sebelah pun kaaannnnnn)

Ni lagi satu contoh TIGA KATA yang agak keramat kalau di ungkapkan..”I HATE U, AKU BENCI PADAMU” “AKU MELUAT ANG”..Ha, TIGA KATA ni akan biasa dan berbisa korang dengar kalau korang ada mencabar kesabaran seseorang..Gila keramat kot ayat tu kan…Iyela, korang bayangkan la kalau da orang kata cam tu kat korang. Dengan serta merta korang boleh rasa down and useless kan…(harap-harap tak dak la orang kata lagu tu kat Cik Hati na…) Tapi seeloknya, elak kan la TIGA KATA kategori  ni kan..Bak kata orang semurni-murni budi pekerti seseorang itu adalah semolek-molek  kata-katanya.

#Kalau korang sayangkan seseorang itu ucap lah TIGA KATA ini:
“I LOVE YOU”
“WOA AI NI”
“AKU CINTA PADAMU”

#Tapi kalau korang tengah gaduh,marah,frust bercinta mahupun bengang tak siap assignment, JANGAN LAH KORANG UNGKAPKAN TIGA KATA ini:
“I HATE YOU”
“AKU BENCI PADAMU”
“AKU MELUAT ANG”

*Sah la korang da masalah mental kalau cakap cam tu kt assignment korang mahupun depan laptop(dengan benda bukan hidup pun nak gaduh ka???????)

*Terlintas nak wat entry pasal TIGA KATA lepas layan lagu KRU-TIGA KATA…Layan wooooo lagu ni..^_^

Akhir TIGA KATA dari Cik Hati:
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Merdeka
Selamat Membaca Semua
Selamat Tinggal Semua
^_^

Friday 26 August 2011

Bulan Yang Bermakna


Assalamuaalaikum, amacam posa korang arini? Harap-harap korang semua bersabar la ek, tinggal beberapa hari ja lagi pun nak raya kan..(sedih gak bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dah nak berakhir untuk tahun ni).

Kali ni, Cik Hati nak meluahkan rasa gembira dan penuh kesyukuran…(stail cam naik pentas nak terima anugerah dan bagi ucapan ja kan..hehe) Memandangkan Bulan Ogos dah nak melabuhkan tirainya, makanya Cik Hati ingin mennyingkap tirai untuk tatapan kita bersama…(stail baq ang skali skala guna ayat camni)

Cik Hati memang suka bulan Ogos taun nie..Sebab, bulan Ogos kali ni, da macam-macam perkara bez yang berlaku dalam hidup Cik Hati…Antara yang istimewanya adalah Bulan Ramadhan, Anniversary Cik Hati dengan ehehemmmm… ^_^, Birthday Cik Hati , Hari Raya dan Hari Merdeka…Memang banyak tarikh yang bermakna bagi Cik Hati dalam bulan ni..Senang cakap bulan yang penuh dengan kegembiraan la..Bulan yang penuh dengan senyuman, bulan yang penuh dengan kenikmatan, dan bulan yang penuh dengan pelbagai rasa..(senang nak gambarkan..korang gambarkan la sendiri k, nak melukis susah..hehe)

*Sekadar berkongsi rasa dengan semua, setiap orang akan ada saat yang dinantikan dan mengembirakan, namun setiap perkara yang berlalu akan tetap jadi sebuah kenangan walaupun ianya tidak dinanti mahupun menggembirakan kita..

#Baju Raya korang dah beli ka? Cik Hati dah membeli sakan dah (tema biru tahun ni)….hehehe ^_^

Selamat Hari Raya Semua !!

Sunday 21 August 2011

Segmen Kibarkan Jalur Gemilang


Assalammuaalaikum…..kali ni Cik Hati nak join segmen. Buat pertama kali la sejak Cik Hati menjebakkan diri dengan aktiviti sosial yang berfaedah ni. 

Cik Hati nak berkongsi tentang erti kemerdekaan  di samping tambah kenalan dalam blog ni kan..(bukan nak cari jodoh k…)

K, sebelum Cik Hati melalut yang bukan-bukan, baik Cik Hati mulakan misi yang ingin di laksanakan..(stat wat muka serius dan berwawasan)
ni syarat  mr_right, dia yang suruh letak gambar ni ha...

Sebelum tu, Cik Hati nak Tanya dulu:
 Korang tau tak apa tema kemerdekaan kita untuk taun ni?
Berapa tahun dah kita merdeka?
Apa erti merdeka buat korang?

Kalau ada yang tak tau lagi, mai sini Cik Hati nak gitau…focus na..!fokus…! tema kemerdekaan kita untuk tahun ni adalah  1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”..Pada tahun 2011 kita akan menyambut kemerdekaan buat kali ke-54…Ya! Ke-54 ya kawan-kawan…Tak payah nak wat terkejut sangat la kan…Korang patut tau semua ni..
Tak payah nak wat alasan, “Pehal plak dok nak kena kira berapa tahun, bukan da kuiz matematik pun” Ha, kalau da orang kata macam tu, korang boleh la tanpa segan silu ketuk kepala dia dengan bendera k…Biar dia da kesedaran sikit..amboiiiii..!! melampau beeetuuul..!!

Dah alang-alang kita sambut Merdeka sekali dengan Hari Raya kan...
Memang la kita sekarang dah merdeka dan bebas dari penjajah, tapi sendiri mau ingat la, kalau dok leka ja..tak mustahil sejarah berulang..(kalau sapa-sapa sedar ayat ni cam penah dengar, tu tandanya dia tak tido dalam kelas sejarah)

Jadi Cik Hati nak sambung slogan "Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana...... 
 
Malaysia adalah sebuah Negara yang harmoni dan mempunyai pelbagai keunikan yang tersendiri.Dari segi agama, bangsa, makanan, malahan dari segi adat jua memang kita tak dapat jumpa di negara lain. Jika orang dari negara luar bertanya akan kewarganegaraan  saya, dengan bangga saya menjawab MALAYSIA.   



Boleh tak kalau jom kita tag :
PenyuAgar
cikreena
LelakiGeek 


Thursday 18 August 2011

Kejujuran Semasa Exam Mencerminkan Siapa Kita

Assalammuaalaikum dan Salam Ramadhan….
Alhamdulillah la kita still dapat berposa dan tak lama lagi dah nak dekat raya..Sabaq la na..hehe..                         
      K, kali ni cik hati nak cita pasal pa ek????? Erm…er….memang la sekarang nak dekat raya dah..Tapi cik hati tak mau cita pasal raya la…Yang tu, tunggu bulan raya la na..^_^ Cik hati nak cita pasal erti KEJUJURAN SEMASA EXAM/TEST..Nampak macam takdak kena mengena kan..Tapi, besar tau ertinya..Tambah-tambah masa bulan posa ni kan..

K, sebenarnya, Cik Hati terbuka hati nak tulis pasal hal ni sebab  baru-baru ni, Cik Hati da test (dengan tenang hati malas nak study dan hasilnya gelabah taktau nak jawab) 


Dan macam biasa la, pasti korang pun pernah alami hal ni..Aktiviti MENIRU..Saat ni la korang akan nampak keadaan aktiviti keluar masuk tandas berleluasa, handphone akan melekat di tangan, kertas jawapan akan jadi setebal mungkin(coz da nota kat belakang), kawan jadi insan yang sangat bermakna dalam hidup, bunyi batuk tanpa henti dan kepala akan jadi macam kepala zirafah..

Memang Cik Hati sangat tidak merestui dan membangkang sekeras-kerasnya aktiviti sosial ini..(gaya YB membangkang)..
Bukan Cik Hati nak gitau yang Cik Hati ni baik sangat..Tapi agak-agak la kan,bulan Posa pun nak meniru gak ka..JUJUR la sikit dengan diri sendiri..

Tak kisah la bulan Syaaban ka, Muharam skali pun, tak payah meniru..JUJUR la jawab test..kalau dah tak wat revision, sendiri tanggung la atas kemalasan diri sendiri kan..tu orang panggil balasan..(emosi ni haaaaa)

ANTARA KESAN YANG KORANG AKAN TERIMA BILA TIDAK JUJUR :                                       
  1.  Korang tak akan mendapat kepercayaan lagi dalam hidup
  2. Hasil yang korang dapat akan jadi sia-sia
  3. Korang tak merasa nikmat bila Berjaya
  4. Korang akan hilang segalanya bila korang dah kantoi
  5. Orang tak akan memuji korang sebaliknya mengeji

*Ada salah seorang pernah bertanya pada Cik Hati, “sampai bila ang boleh hidup dengan jujur ang tu, dan ang boleh pi jauh mana bila kerja dengan jujur ang tu?”. Cik Hati menjawab dengan nada sedikit meninngi tapi bukan menengking..”aku boleh kerja dengan puas hati dengan usaha aku dan aku akan dapat makan gaji bukan dengan duit hasil MENIPU”..

berpeluh macam mana pun, jawab ja, jangan tinggal kosong
#kepada STUDENT: JUJUR la bila jawab test, kuiz mahupun apa jua anasir dalam hidup anda. Mungkin anda akan berbangga dengan markah yang tinggi, namun, balasan yang anda mungkin terima adalah POINTER/ CGPA anda akan merudum kerana bila FINAL EXAM anda tidak berpeluang MENIRU seperti di dalam kelas.

# JUJUR bukan bererti kita harus berterus terang dan bersikap terbuka terhadap orang lain, tapi kita juga harus bersikap lurus dan ikhlas terhadap diri sendiri..tak perlu menipu untuk mencapai kesempurnaan.

Sekian pesanan dan sedikit nasihat dari Cik Hati. ^_^

Thursday 11 August 2011

Cinta Bola Jaring, Bola Sepak, Bola Ragbi

Assalamualaikum….
Pernah dengar tak istilah CINTA BOLA JARING, BOLA SEPAK DAN BOLA RAGBI…
Kalau korang tak pernah dengar, mai cheq nak habaq…

CINTA BOLA JARING:

Cinta yang tidak boleh di pegang lama-lama…Apabila cinta korang dah da dalam genggaman seseorang, dengan mudahnya dia akan lepaskan cinta korang. Maksudnya, cinta yang tak kekal lama la senang cita..


CINTA BOLA SEPAK:

Ha, jenis cinta ni, memang korang akan merasa dikejar-kejar dan digilai. Tapi, sayangnya, bila cinta korang dah dimiliki, dengan mudahnya akan disepak dan ditendang serta di’passing’ kat orang lain..

CINTA BOLA RAGBI:

Jenis cinta ni plak, korang akan sentiasa di jaga dan di lindungi dari sebarang gangguan. Cinta korang akan sentiasa di peluk erat dan di jaga agar tidak dirampas oleh insan lain.
Teori dia mudah ja..korang pun tau kan…setiap permainan ada peraturan, cinta pun macam tu jugak. Kalau korang main permainan dengan bersungguh-sungguh dan mahukan kejayaan, korang akan kecapinya.Tapi, dalam percintaan plak, kalau korang bercinta dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh..Korang akan kecapi kebahagiaan.


*Pilih la jenis cinta mana yang korang mahukan..Tapi, ingatlah bahawa cinta yang kukuh adalah cinta yang di redhai Allah serta mempunyai ikatan yang sah.


# Teori cinta ni di hasilkan oleh rakan-rakan cik hati ketika kami sedang rancak berbicara mengenai cinta..

Tuesday 9 August 2011

berbuka di Perantauan

Assalamualiakum..k, mnggu nie cik hati agak bz la dgn assignment..(sbenarnya, keja last minute)…k, entry kali ni bukan cik hati nk cita psal assignment or mnggu bz cik hati ni…(x pyah nk skema sgt la kn…). Kali ni cik hati nk cita pasal buka posa…ya..!!! -BERBUKA PUASA BERSAMA RAKAN DI KOLEJ TNPA KELUARGA D SISI T_T –

Tajuk pn dh agak sadis, so..sah2 la kisah agak sadis n terhuris pangkal hati..(smbil mngesat air mata)…kali nie, mmg cik hati jalani bulan posa kt kolej ja la…nk wat cmna, hdup perantau…(smbil dgr lagu Dendang Perantau…)mmg cik hati hadapi dgn jiwa tabah n kental la coz juz 1st posa ja da kt umah…then, dh posa kedua dh balik kolej…(x smpat nk rsa ayam percik kt bazaar Ramadhan kt Kamunting)

Buka posa kt kolej ngan kwan2 pn leh than la sronok, dari bka sorg2 kn…tapi, yg agak sadisnya, mau jimat ja la…xleh la nk beli mcm2…klu kt umah nk pe ja…tnjuk n wat muka ksian ja kt mak, dh dpt beli mcm2 kn..(yg pnting x guna duit sndri kn…hehe)
 ni ja la yg mampu cik hati beli ngan roomate

Bukan nk merungut bkan gak nk mengeluh, Cuma bila brbuka ngan family, lagi sdap rsanya walaupun hanya makan maggi..(tipu la,msti mkn sdap2 kn…hehe)..tpi, brbuka ngan kwn pn ok gak…pngalaman la kta kn..kesimpulannya, bulan Ramadhan mmg bulan yg mulia, x kira la di mana kita, dgn sapa kita berbuka, apa yg d mkan, yg pnting…ikhlaskn hati kita dlm brpuasa n hargai lah mkanan n rezeki yg kita ada…^_^