Tuesday 10 April 2012

Tiada gelaran BODOH tetapi hanya gelaran MALAS

Salam.Cik Hati nak tulis entry pasal satu benda ni.Cik Hati ada bersembang dengan adik Cik Hati yang baru habis SPM. Cik Hati tanya kenapa dia tak mahu sambung belajar lagi dah. Jawapan dia mudah, "aku ni bukan pandai pun nak masuk U macam ang." Pehal pulak dia jawab macam tu kan.. Dia ingat kakak dia ni pandai sangat ke? lahir-lahir terus cerdik? dok baca buku dari dalam perut mak ka? haaaaiiihh~~ angin sungguh Cik Hati bila ada orang bagi alasan macam tu bila tak nak sambung belajar.

Memang la Cik Hati sedia maklum yang result SPM dia tak la gempak macam orang lain, tapi usaha itu yang membezakan kita semua. Tidak semestinya orang yang dapat straight A dalam SPM confirm berjaya dalam hidup, dan tak semestinya orang yang gagal akan terus gagal dalam hidup. Kata-kata Cik Hati mudah ja untuk adik Cik Hati dan orang-orang yang berfikiran macam adik Cik Hati ni,"Mana ada orang bodoh dalam dunia ni,orang malas je yang ada. Orang yang malas nak berusaha,orang yang malas nak betulkan kesilapan dia dan hanya orang yang malas je tak ambil peduli tentang masa depan dia.



*Hidup kalau tak berusaha,memang tak ke mana la.

1 comments:

Emma said...

yup, dalam hidup ni, kalo x berusaha mmg kita akn ktgglan lah kan.. so, apapun yg kita lakukan mmg kna berusaha.. kalo x, baek x paya hdpla.. kui3..