Monday 26 September 2011

Review Novel Uda & Dara

Cover dah menarik dah tu,siap ada kumbang and Rama-rama lagi tuuuuuu...

Uda & Dara
Aisya Sofea

Harga: RM 22.00
Tarikh Terbit: 20 Jul 2011


Sinopsis
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.” 

Kali ni Cik Hati buat review sikit pasal novel Uda & Dara. Cik Hati memang suka baca novel.Tambah-tambah novel keluaran Alaf21. Tapi novel ni, Cik Hati sendiri pun belum beli dan baca lagi..=_=" (sejak dua menjak ni,sibuk sangat..ok, tipu sebab novel tu dah keluar dari bulan 7 lagi kannn)
Untuk pengetahuan korang,Cik Hati memang minat hasil tulisan Aisya Sofea ni.Semua best-best tau.Cik Hati ada banyak koleksi novel tulisan beliau.(agak-agak bodek ni, boleh dapat novel free tak 1?)

#Sapa-sapa yang dah baca dan beli novel nie,sudi-sudi la kongsi k..Boleh la Cik Hati pinjam..hahaha
*Kalau nak tau novel-novel terbaru,gi ja kat sini:Alaf21