Saturday 29 October 2011

10 Cara Mengakrabkan Group Member Assignment Korang.

Korang pernah rasa tertekan dengan group member assignment korang? Berusaha nak ceriakan diri dalam group itu? Mahukan perhatian dari ahli-ahli group korang? Mahukan jalan penyelesaian agar tak terlibat lagi dengan diorang semester depan? Ya, Cik Hati akan memberikan 10 CARA MENGAKRABKAN  MENGGILAKAN GROUP MEMBER ASSIGNMENT.

1.Sentiasa memuji group lain.
“Hebatnya group Saaodah tu, markah diorang semua hebat. Indahkan dunia kalau dapat satu group dengan diorang. Tak payah nak buat kerja sorang-sorang. Muka diorang pun cantik-cantik, tenang ja hati kalau tengok”.
-Dengan serta merta group member korang akan berbisik-bisik sesama diorang. Baru la nampak mesra kan.

  2. Berlakon yang laptop korang kena virus.

“Wei, laptop aku kena virus la, Trojan, malahan Worm pun semua dah kenyang makan assignment kita. Aku rasa kita kena buat balik dari acknowledgement sampai la conclusion hari ni jugak, sebab lagi 3minit dah kena submit”.
Mesti secara automatic group korang akan jadi kecoh. Baru la ceria kan.

3.Hilangkan assignment korang.
“Aku rasa aku dah terbuang la assignment tadi. Jom kita cari sama-sama dalam tong sampah”.
-Korang mesti akan dilihat sebagai sebuah group yang mempunyai semangat kerjasama yang tinggi.

 4.Sibuk siapkan bahagian kerja group lain.
Jap, aku tak sempat la nak buat assignment kita. Aku nak tolong siapkan kerja group lain dulu ni. Penting tau”.
-Group korang akan dipuji oleh orang lain sebab rajin membantu.

5.Dengan sengaja patahkan screen laptop member korang.
“La, tak sangka plak boleh patah ek. Tak pa, nanti aku beli gam UHU, kita tampal na. Lagipun, assignment bahagian aku dah siap dah. Tu aku bosan tak tau nak buat apa”.
-Hubungan korang dengan member, mesti akan lebih akrab sebab nak baiki laptop sama-sama.

6.Hidangkan minuman kegemaran group member korang.
“Jemput la minum. Aku beli air ni pakai duit group kita untuk assignment ni. Habis dah duit group kita”.
-Korang akan lebih dihargai oleh member. Dan korang juga tak perlu risau pasal nak jaga duit group assignment korang lagi dah.

7.Menyanyi dengan sepenuh hati.
“Woi! Diam boleh tak, aku nak siapkan kerja pun susah”.
-Korang boleh menjadi lebih akrab bila kena marah. Sebab member korang  dah tak segan untuk meluahkan perasaan dekat korang.

8.Sentiasa ambil berat tentang group member korang.
“Wei, ang tolong tengok Peah tu kejap, dia buat kerja ka dok online FB?”, sambil menyuruh rakan di depan anda memerhatikan yang lain semasa buat kerja semeja. Perkara ini harus dilakukan setiap 3minit.

9.Menonton movie semasa ada group discussion.
“Lawak la cerita ni, darah merata-rata. Rugi la tak tengok. Er..aku tak setuju dengan cadangan ang Shah.
“Walawei….hebat la diorang berlakon. Wei, aku tetap tak setuju dengan point ang bagi tu”.
-Walaupun tengok movie, tapi tetap bagi pendapat masa perbincangan.

10.  Lupa letak nama group member dekat assignment.
“Sorry la wei, aku lupa plak nak letak nama korang, aku letak nama aku sorang je”.
-Korang akan sentiasa dikenang oleh orang lain sepanjang semester mahupun sepanjang hayat.


Tuesday 11 October 2011

Tips Nak Elak Bosan Dalam Bercinta


Jangan Terlalu Mendesak
Jom kita jumpa? Jom kita makan? Jom kita sembang? Jom kita kawin..Apahal baru kapel dah mendesak stail nak mati kan..

Tak Perlu Ucap I LOVE YOU setiap saat
"B, I LUV U B…"
"B, I sayang n cinta U sangat2 B"
"B, napa U x reply "Luv U 2 Darling"….(start memaksa)
"B, I tak boleh hidup tanpa U B…I cuma cinta u je B"…(start sawan)
"B, I nak bunuh diri la kalau U x reply."(start hilang akidah)

BOSAN tau tak kalau nak ucap I LOVE U setiap saat dan setiap mesej. Ucapan tu akan jadi indah kalau betul-betul ikhlas OK..B…B….lama-lama dah bosan jadi B#B* pulak…huihhh

Berikan kebebasan dalam Bercinta
Bebas di sini bermaksud beri keselesaan dan ruang terhadap pasangan kita. Jangan la nak berkepit ja sampai tak boleh kawan dengan orang lain.
B,U takdak kawan laki ke? I tak suka la U kawan dengan Peah tu B..(padahal dia dah pergi sound Peah kaw-kaw punya..sampai teresak-esak kawan tu) tak kan la nak pasangan kita kawan dengan laki ja kan..nanti orang kata GAY shiaaallll…. 



Sempoi dalam bersembang
Sembang rileks-rileks sudah..tak payah nak manja sangat la kan. Nak merengek-rengek plak…euwwwwwww….jijik tau..!
B………………………I kannnnnnnnnnn…errrrmmmmm….dengar la ni B……hikkhikkkhikkk
                                                ***********(3 jam kemudian)*********
U nak cerita apa sebenarnya ni???????ZzZZZZZZZzZZZzzzzzzzzzz……..(Bosan tunggu cerita sebenar sampai tertido)

Tak Perlu kerap Berjumpa
Kalau tiap-tiap hari berjumpa, mesti la ada sikit perasaan bosan kan..Bak kata orang Kedah, Cemuih aihh…Cuba selang sehari ka, seminggu ka, sebulan ka, setahun ka..tapi bukan selamanya k..ahahah..Dengan cara ni, boleh la simpan rindu sikit kan..(gatai……..)

Memang la orang cakap, kalau dah kita betul-betul sayang orang tu..Tak kan ada perkataan BOSAN..Tapi, tu orang kata...bukan pasangan kita yang kata..Renung-renungkan dan selamat beramal ok..hehe

Saturday 8 October 2011

Marah ada hadnya OK !



Emosi kita kadang kala susah nak dikawal kan..Ada masanya dalam kita dok gelak bagai nak tercabut mulut, then, tiba-tiba dalam masa sesaat ja, kita boleh sedih bagai nak tercabut mata.(Macam hyperbola pulak ayat Cik Hati ni kan..) Tapi, dalam kita dok marah, jangan pulak susah nak kawal diri kita na. Bukan apa, Cik Hati dah pernah tengok (alami sendiri sebenarnya), bila tengah marah, memang susah nak kawal diri. Setelah dibuat kajian secara mendalam menggunakan cangkul dan alat menggali yang lain..Eh, yang guna alat macam tu apahal, ni kajian la…bukan galian..=_=
Dahsyat kalau marah sampai berasap..!

Ok, setelah Cik Hati wat kajian, Cik Hati perasan yang masyarakat kita ni, kalau marah, memang akan ada tabiat ni. Mari kita merungkai tabiat-tabiat mereka. (Roll VT….VT ka VC ek?? Entah..ahaha)

  1. Mengamuk dan maki-maki sekuat hati.
Macam la orang sekeliling pekak kan, nak jerit-jerit. Apa kau pikir, kau sorang ja yang ada mulut dan anak tekak. Paling kronik, mengamuk dan jerit-jerit depan laptop sebab blackout masa layan FB/Twitter
   
    2.Tendang dan tumbuk barang berhampiran.

Dah marah kat orang, apahal pergi pukul barang.Kan sendiri dah sakit..Tak paham betul la Cik Hati dengan orang macam ni.

    3.Baling cell phone (orang kita panggil handset)


Kalau dah marah kat orang, yang baling handset tu buat apa. Bukan handset tu bersalah pun, korang gak yang susah sebab handset rosak, lepas tu kena perabis duit lagi bawak pi repair. Kan dah mengalami kerugian.

    4.Membabitkan orang lain.

Ha, yang ni lagi menyakitkan hati. Dah la dok lepas marah depan kita kan, tu sekali dengan kita dibabitnya. Padahal kita ni ternganga dan layan ja dengar cerita dia yang high volume tu kan. Kita cuma tanya dia macam mana nak on suis lampu ja kan, dah dia baling kita dengan lampu. (Punca la time tu korang  tanya soalan kurang bijak kan)

   5.Lari dan melolong merata-merata


Jangan terkejut tau, ada gak yang spesis ni ok. Stail lari dan melolong sambil mengalirkan air mata disertai pulak dengan hujan lebat dan guruh berdentum. (marah stail drama ok….) Lari tengah-tengah malam, dan bila kawan risau katanya, “Tolong hormati saya, saya perlukan masa bersendirian” Apa kejadahnya, kalau dah lari tengah-tengah malam, menyusahkan orang lain nak cari kamu..huihhhhhhh

# Tak salah kalau nak meluahkan tekanan perasaan, tapi, jangan la sampai orang lain yang tertekan.

*Kita merancang, ALLAH juga merancang, namun rancangan ALLAH lebih tinggi dan berharga dari rancangan kita. Jangan mudah melenting atas takdir kita,terima lah ia dengan keredhaan.