Thursday, 23 February 2012

Kekalutan Jiwa


Salam..Minggu ni memang minggu yang sangat memenatkan zahir dan batin. Cik Hati busy dengan assignment, quiz and test.(Buat gaya aku sorang ja yang hadapi semua tu). Entah kenapa bila dah penat and tak cukup tido, memang tak boleh focus la masa belajar kan..(aku tido cukup 8 jam pun aku tak focus jugak dalam kelas +_+). Dalam mengantok jugak la Cik Hati kena menambah ilmu dalam bidang Adobe..Kena pulak minggu ni belajar InDesign, paiiiihhhh~~~~~ memang TAKKK la nak dapat. Ingatkan bila dah belajar Photoshop dengan Ai, boleh la celik sikit hati ni menerima InDesign, rupanya, sampai mengamuk Cik Hati dibuatnya..Haaiiihhh~~ (mengeluh sikit).

Preservation and conservations, eh, maaf tertaip assignment dalam entry pulak..maaf..(MOTIF: nak bagitau yang aku tengah buat assignment masa update entry).Ok, sambung balik…Memang menarik bila dapat peluang belajar semua tu, tapi disebabkan malas nak explore sendiri, ini lah hasilnya--à TAK FAHAM-à TAK JADI SEPERTI YANG DIMAHU….=_=”..Bak kata lecturer Cik Hati, “Semua ada dalam buku manual tu,nak tak nak ja kamu nak belajar”..OK, Cik Hati mengaku kata-kata itu benar belaka. Maaf En.Mahadi, salah saya sebab tak belajar bersungguh-sungguh..(Ada gaya orang menyesal tak? Ok, serius….memang salah saya.)


Ditambahkan lagi dengan quiz programming tadi. Sah….Cik Hati mampu jadi hilang kawalan. Silap-silap boleh bertukar jadi raksasa (tapi aku nak raksasa comel ok.) Memang masa buat quiz tadi, Cik Hati mengaku yang Cik Hati buat dengan penuh keyakinan (hakikatnya, aku memang tak reti programming..kenyataan kottttt….). Maaf En.Latif sebab kecewakan encik..Saya tak mampuuuuuuuu..T_T

*Cukup la luahan hati…Sambung taip assignment pulak.okbai.

Wednesday, 8 February 2012

Berjimba Di Permata Kedah

Salam.Lama Cik Hati mendiam.Sebenarnya, Cik Hati busy dengan assignment & kelas..(OK,tipu la kalau busy sangat). Minggu lepas, bagi melapangkan dada dan hati yang bergelora dengan kerja yang banyak, Cik Hati pergi bercuti dengan housemates Cik Hati, Cuba teka kami pi mana? Kami pergi PERMATA KEDAH tau...Permata Kedah= Langkawi..!! (Muka Riak sebab dapat bercuti dengan kawan-kawan pakai duit sendiri)

Kami dapat jimat besar sebab membe Cik Hati memang orang Langkawi,So, budget untuk makan  + transport+ Penginapan----> Tak Perlu Risau. ^_^ (Thanz Syiqin sebab bagi kami menumpang kasih)

Di Pantai Chenang(Apsal la Cik Hati macam kurus sangat..=_=')

Meet My Frenz: Dari atas: Ika,Hana,Ckin,Shaf n Cha (Tinggal lagi sorang Husna)

Waktu Senja memang cantik (nasib baik Ckin da kamera DSLR..MOTIF BAGITAU??)
Naik bot untuk Island Hopping-RM25 ja, boleh melawat 3 PULAU ok..(Omputih tu macam tak sudi ja gambar dia disnap sekali)

Nampak tak bentuk wanita mengandung--->merujuk pada gunung itu..gunung ka bukit entah 






Jalan di jambatan dekat Cable Car (tak tau la apa nama jambatan ni)


Tayang tiket Cable Car

Ececeh.....^_^


Tasik Dayang Bunting-Abaikan selipar tu k

Selipar yang berjasa untuk kaki kami-Selipar ada tanah Langkawi



Thanz to Ckin sebab sudi jadi tour guide kami & sudi bagi kami menumpang + makan + bawak naik kereta = Kami Puas Hati

# Dapat bercuti memang tenang dan best, tapi bila balik terus bersepah Assignment tunggu kami =_="
* Lain kali nak pergi Fraser Hill pulak la nak naik flight (Sembang stail anak dato')

Thursday, 26 January 2012

Karut di kala Senja

Salam...Lama Cik Hati tak update entry kan? Biasa la Cik Hati sibuk sikit bila dah mula kelas ni(alasan kukuh,kononnya student berdedikasi,padahal layan FB ja pun). Korang perasan tak yang sejak dua menjak ni,Cik Hati kerap tukar header kan? Itu la pasalnya,sejak-sejak ada kelas photoshop ni, tangan gatai ja nak mengedit gambar.hehe..Setakat ni ja la Cik Hati menaip na.Nak pergi tandas jap.OK Bye.

#Saja nak habaq tukaq header lagi =_="

Friday, 6 January 2012

Tahun Baru,Header Baru

Assalamualaikum...Lama Cik Hati tak update entry kan..Mesti ramai yang rindu nak baca nukilan Cik Hati kan..(ok,perasan,xdak sapa kesah pun aihhhh...)..Sedar-sedar dah masuk Tahun 2012, Cik Hati pun akan berumur 12 Tahun (OK, terbalikkan la angka tu...) Tak dak apa sangat pun yang Cik Hati nak tulis,cuma nak menunjuk header baru ja pun.Nampak tak tajuk enrty pun dah berbaur bongkak..hahaha...

ni la header baru Cik Hati


Saja ja nak buat header baru bila dah masuk tahun baru ni kan,kot-kot la ada followers baru jugak kan..(HARAPAN) k la, cukup setakat ni dulu ya.Sampai ketemu lagi ya, dalam rancangan baca-baca blog Cik Hati..(Paddia la yang aku karut ni =_=")

#Semoga Tahun 2012 membawa keberkatan kepada kita semua.AMIN~~

Saturday, 24 December 2011

Mengata itu bukan satu Pendapat

Assalamualaikum....Kali ni Cik Hati nak tulis pasal satu perkara yang mungkin korang dah biasa hadapi dan mungkin tanpa sedar terjebak.Cuba korang renung-renungkan dan muhasabah diri k...

Pernah tak korang berdepan dan terlepas bagi pendapat seperti ini:

-Apa pendapat korang pasal minah tu?

-Aku rasa minah tu tak brapa nak bagus la.Ko nak tau,semalam aku nampak dia keluar malam-malam dengan mamat mana entah.Pakai seksi sungguh.Ni, siap naik motor pelu-peluk tau...!!! Sungguh..! Ha, tu la pendapat aku tentang Minah.

Pernah tak korang ter-mengata orang bila korang mengadu nasib dekat rakan baik korang:

-Salmah, aku betul-betul terasa hati dengan sikap Fiza tu,dia selalu pentingkan diri,tak nak mengalah,anak manja,semua lelaki hensem dia nak pulun.Aku jijik la dengan sikap keji dia tu.

Saudara serta saudari, itu bukanlah memberi pendapat serta mengadu,itu dah kategori mengata ok...Mungkin ada yang mencebek dan kata "Eleh,Cik Hati ni, tu kategori memberi kenyataan la,bukan mengata." OK,Fine!! memang la itu kenyataan,tapi ada certain part mengenai kisah hidup seseorang itu, kita harus diamkan.Jangan aibkan orang dengan mudah memberi pendapat(mengata).

#Diharapkan lepas ni, ada la yang faham perbezaan antara memberi pendapat/mengadu dengan mengata.Tak salah kalau nak mengadu mahupun memberi pendapat mengenai sikap seseorang itu, tapi biarlah bersesuaian Ok.

Sunday, 18 December 2011

Kata Maaf itu Besar Ertinya

Bunyi macam mudah dan ringkas. M.A.A.F. Tapi memang besar ertinya dan kadang kala sukar dilafazkan. Pernah korang berhadapan dengan situasi di mana kawan korang kecilkan hati korang,tapi dia sukar memohon maaf?  Ego. Ya, ego kadang kala menyekat perikemanusiaan.Mungkin keterlaluan bunyinya,namun tidaklah terlalu melampau jika Cik Hati katakan bahawa orang yang sukar meminta maaf adalah seorang yang tinggi egonya dan degil.

Beralah dan memohon maaf tidak akan merendahkan martabat serta ego seseorang itu, malahan boleh meningkatkan kehormatan dan menyedari kesilapan sendiri.





Saturday, 3 December 2011

Jika Aku yang Kau Rindu


‘’Saya berjanji yang saya tak akan putus asa dan saya akan tunggu awak selagi awak belum dimiliki secara sah oleh orang lain.Itu janji saya”.

Setiap kali aku terkenangkan janji itu, setiap kali itu juga aku akan tersenyum. Seorang insan yang aku kenali dan bernama Haikal memang sukar menyerah kalah. Sering berharap segala impiannya menjadi nyata, walau kadang kala impian itu berkecai di pertengahan mimpi. Aku akui yang aku bukanlah seorang gadis impian yang cukup sempurna, namun aku sekadar gadis yang mempunyai impian yang tinggi. Impian agar dicintai dan disayangi. Impian agar dihormati dan disanjungi. 

Hadirmu Haikal,seorang jejaka yang hampir menyempurnakan segala impian ku. Namun, ternyata impian kita tidak serupa. Aku terlalu mahukan kebahagiaan hingga terlupa bahawa kebahagiaan bukanlah hakmilik aku seorang. Benar yang diperkatakan semua orang, Cinta itu tidak semestinya Memiliki namun ia menguasai, aku angguk tanda setuju. Benar, aku tidak dapat memilikimu, namun kau benar-benar menguasai ku. Hingga kini kau masih aku rindui.

Mungkin dulu, kau pernah berjanji seperti itu padaku, namun kini, aku mngerti mengapa janji mu itu kau ingkari. Aku akui aku benar-benar buntu ketika membuat pilihan. Antara cinta dan sayang, aku pilih cinta. Masih terdengar lagi suaramu ketika memujuk ku  agar menerima sayang. Ikhlas dan tenang kau nasihatkan aku. Kau redha dan undur bersama sayang. Katamu “Jika cinta itu benar bagimu,  biarlah sayang ini pergi, kerana sayang itu tak akan pudar jika berjauhan”. Aku diam. Benar-benar faham kiasan yang kau ungkapkan.

“Jika aku yang kau rindu, ingatlah bahawa sayangku bersamamu, walaupun cinta pilihanmu”