Friday 2 December 2011

Jemputlah ke Gunung Lang,Ipoh.Perak


Assalammualaikum…minggu ni tak ada apa yang menarik nak cerita pun.Tapi, Cik Hati nak promote Perak la pulak,sempena tahun melawat Perak 2012. Korang pernah pergi Gunung Lang dekat Ipoh tak? Memang rugi kalau korang tak pernah pergi. Tempat dia memang sangat menarik. Kalau korang minat nak bergambar dan ada kamera DSLR kegilaan ramai orang tu, memang sesuai la sebab korang boleh posing or snap sudut-sudut yang menarik. Panorama dan landskap dia pun menarik..Ha, kan ada gaya duta Perak..Hahaha..(tak dak offer ke nak ambil Cik Hati jadi duta negeri Perak….naaahhhhh..HARAPAN..)

Korang masuk je lorong dekat Petronas dan terus ja sampai jumpa Signboard Gunung Lang..ahhaha..nak bagitau plan jalan pun tak berapa pandai. Yang Cik Hati tau, abah Cik Hati selalu keluar tol Jelapang and terus je amik jalan nak ke Pusat Bandar Ipoh. Tarikan utama dekat situ ialah Air Terjun. Menarik tau,tapi dia jarang pam air terjun tu..So, kalau korang bernasib baik, dapat la korang tengok dan bergambar. Selalu pengantin rajin buat photoshoot dekat situ. Then korang boleh bagi makan ikan dan labi-labi. Ikan apa entah yang besar-besar kat dalam tasik tu. Nampak macam keli je pun.Yang pasti bukan keli sembarangan la..hahaha..Korang boleh jugak naik bot pergi seberang tasik. Dekat seberang tasik tu ada macam mini zoo,menara dan rumah rehat kot…(macam chalet pun ada gak)

Cik Hati ada la sikit gambar untuk tatapan korang semua. Sila la tengok.(ambil gambar pakai kamera handphone ja)








# Jalan-jalan tempat yang cantik dan hijau, memang menenangkan

2 comments:

enmohdhafiz said...

cantiknya tempat nih. nak pegiiiii !!

Cik Hati said...

@BudakHitam yup..tempat ni memang sangat cantik..mesti kagum kalau tengok depan mata kan..pergi la melawat..hehe