Friday 2 December 2011

Soalan berperingkat bagi setiap Usia

Kepada gadis-gadis sekalian.Pernah tak korang dihujani dengan persoalan-persoalan berperingkat seperti ini sepanjang hidup korang:

Ketika 12 Tahun:
Makcik Peah: Macam mana UPSR? Lepas ni nak masuk MRSM mana?Dapat Result 5A macam anak Peah tak?
Cik Hati: Boleh la makcik, tak dak rezeki masuk MRSM. Saya tak sehebat anak makcik.

Ketika 18 Tahun:
 Makcik Peah: Dapat tawaran Universiti mana?
Cik Hati: Saya tak dapat first intake, Insyaallah nanti second intake saya pergi UiTM.

Ketika 20 Tahun:
Makcik Peah: Dah ada pakwe(teman lelaki) ke?
Cik Hati: Belum lagi, dok berkawan ja.

Ketika 23 Tahun:
Makcik Peah: Bila nak kenalkan kawan lelaki dekat family?
Cik Hati: Belum sampai masanya lagi la makcik.

Ketika 25 Tahun:
 Makcik Peah: Bila nak bertunang?
Cik Hati: Insyaallah, Kalau ada rombongan pihak lelaki, saya jemput makcik na.

Ketika 28 Tahun:
Makcik Peah: Bila nak kahwin?
Cik Hati: Bila  saya dah ada pakwe, saya akan bertunang,lepas tu kahwin ya makcik. Dan yang penting sekali bila dah sampai jodoh saya, saya pergi hantar kad dekat makcik na.Makcik jangan risau, makcik la orang yang paling concern yang saya pernah kenal.Terima kasih. =_=”

Nampak tak perbezaan soalan bila usia dah meningkat? Masa dalam proses ke 20-an, mesti pelajaran yang utama, tapi bila dah mula jejak 20 lebih, mesti perkahwinan jadi topik panas...Haihhhhh.......=_="

#Memang la Cik Hati baru dalam 20-an, tapi sekadar berkongsi persoalan wajib bagi setiap gadis.

0 comments: