Friday 25 November 2011

Pasar Raya bukan untuk orang kaya sahaja.

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Seorang gadis berumur dalam lingkungan 20-an telah dilaporkan bersikap kurang sopan terhadap pelanggan yang ingin membeli pakaian di sebuah Pasar Raya tempatan. Pelanggan itu dikatakan hanya memakai seluar track beserta t-shirt biasa sahaja. Yang kemudiannya telah menimbulkan pandangan serong dan mendapat layanan kurang mesra daripada pekerja tersebut. Sekian berita dilaporkan oleh Cik Hati yang makan hati.

Korang pun mesti pernah alami hal macam ni kan? Bila korang pakai simple dan tak bergaya, mesti pekerja butik mahupun Pasar Raya macam nak tak nak je layan korang, sebab anggap korang tak mampu nak beli..Hell...helloooooo....kalau pakai selipar pun dalam poket sapa tau ada 8ribu...So, tak payah la nak beza-bezakan layanan korang terhadap pelanggan. Butik tu pun tempat kerja 'awak' je...bukan butik 'awak'..(maaf ter-emosi sikit.)

Bukan nak bersikap perkauman, tapi itulah hakikatnya. Kalau nak bandingkan pekerja cina dengan melayu, pekerja cina lagi friendly and warm berbanding pekerja melayu.Aiiihhhh...Yang paling tak tahan,  sama-sama melayu pun boleh ada sikap dengki dan prasangka...Dunia...Dunia...

Kepada yang bekerja sebagai promoter tu, cuba-cuba la senyum dan jangan la nak bezakan layanan korang terhadap golongan pelanggan yang hanya memakai selipar jepun (bukan fipper), seluar track (bukan jenama Adidas mahupun Nike), dan bertudung bawal (bukan seperti Hana Tajima). Berikan lah senyuman dan layanan mesra kerana itu menggambarkan keikhlasan anda ketika anda bekerja.

#Cik Hati pun pernah bekerja sebagai promoter The Store lepas SPM, Cik Hati faham memang penat bila ada pelanggan yang datang selerakkan baju umpama goreng mee ketika ada SALE, tapi Cik Hati tetap layan dengan mesra tanpa membezakan pemakaian mahupun standard pelanggan.

0 comments: