Friday 11 November 2011

TERFAKTAB- Fakta mengenai Mitos


Sering hati ini dipersoalkan dengan persoalan-persoalan cinta remaja, mahupun cinta monyet. Kenapa orang bercinta macam ni? Kenapa kalau orang sayang macam tu? Dan kenapa kalau berkasih jadi macam-macam? Pelbagai fakta mahupun mitos melintas di fikiran, sekadar memenuhi jawapan hati. 

Tapi, setelah membaca TERFAKTAB (sengaja besarkan tulisan), aku semakin matang dan kreatif dalam merungkai definisi cinta infiniti. Memang tak dinafikan cinta mempunyai definisi yang meluas dan infiniti (tidak terbilang), namun terpulang pada kita untuk mengklasifikasinya dengan cara kreatif.

Setahun mengenali TERFAKTAB (OK, tipu sebab aku pun tak sampai setahun kenal dunia blog), aku tertarik dengan definisi cinta mereka. Kreatif dan bersahaja. Ringkas namun penuh makna. Karut tapi jelas. Lawak tapi serius. Mitos tapi fakta. Cukup sekadar menamakan blog dengan nama unik,TERFAKTAB mampu manarik beribu pengikut dan pembaca. TERFAKTAB yang diolah daripada perkataan ‘fucked-up’ mampu melembutkan kata yang kasar bila disebut. Tercatat cerpen ringkas perihal percintaan serta perhubungan yang ditulis oleh penulis-penulis yang kreatif dan memahami dunia remaja.

Kini cukup setahun TERFAKTAB berkarya dalam membantu pembaca mengenali hati dan pasangan dalam bercinta. Terima kasih kerana membuat definisi cinta itu INFINITI kerana cinta itu satu anugerah.

Aku tidak petah berbicara, tidak pula bijak bermain kata. Ringkas aku ucapkan :
“SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA BUAT GENG TERFAKTAB.”

# Dalam Cik Hati dok  “berjalan blog” (blog walking), terkesima bila baca yang TERFAKTAB ada buat contest untuk pembaca diorang. Cik Hati pun dengan muka tekun dan nekad baca la semua rules yang diorang sediakan untuk join contest ni. Mudah ja..Tulis ja apa-apa pun pasal terfaktab untuk buat diorang bangga dan tergerak hati pilih korang sebagai pemenang. Kalau nak join, pergi la tengok sendiri kat sini. SILA KLIK SINI: Contest dari TERFAKTAB

*kalau Cik Hati berjaya sila hubungi di laman sosial Cik Hati kalau tak berjaya pun boleh ja kalau nak klik..^_^