Tuesday 8 November 2011

Masa kecik-kecik Semua Boleh


Masa kita kecik-kecik semua boleh buat tanpa rasa segan dan tak pernah fikir pun pasal gaya ni kena ke,baju ni sesuai ke, barang ni mahal ke, aku cantik/kacak tak? Tak banyak benda yang kita kena pikir masa kecik-kecik kan.Cuma perlu pikir macam mana nak bodek mak untuk beli mainan, macam mana nak beli aiskrim dan keropok banyak-banyak tanpa kena marah.hahaha

Setiap orang mesti pernah pakai macam ni masa kecik-kecik kan:

Perempuan: Pakai cekak/topi yang ada tocang palsu
Lelaki: Pakai topi yang seragam dengan baju
Perempuan: Pakai stoking berenda-renda dan panjang sampai ke lutut dengan skirt kembang
Lelaki: Pakai baju Superhero yang glamer masa zaman tu; Superman,ultraman,dan Power Rangers

Permainan/aktiviti :
-Main kahwin-kahwin
-Main masak-masak (bahan utama: rumput dan bunga)
-Main aci nyorok(sembunyi)
 -Polis tantree (police and thief)
 -Lompat getah (blue black)
-Tuju kasut (baling orang dengan kasut penuh semangat)
-Main tol (galah panjang)
-Buat senapang  kayu (cari kayu, ukir cantik2, guna biji apa ntah jadi peluru)
-Lumba basikal keliling taman/kampung
-Main bola kertas (siap dengan nama pemain dengan tempat gol lagi)

Masa dulu, lepas balik sekolah, mesti terus tukar baju sekolah, naik basikal, kayuh penuh perasaan pergi panggil semua geng nak ajak main sama-sama. Kalau panggil pulak, mesti beralun ja macam ni : Aaaaadiiilllaaaaahhhh~~jom kita p padang~~ atau macam ni : Makcikkkkkk~~~~~~~ adilah ada tak?nak ajak dia p padang~~..mesti beralun dan ada la dalam 5 harakat nak panggil orang.

Main aci nyorok dalam hutan dengan kamal, syera, amirul dan farah.Takdak sapa nak marah dan kisah, tapi kalau sekarang masing-masing dah besar panjang ni, memang masalah besar kalau main dalam hutan sekali macam dulu-dulu. Tapi, masa kecik-kecik semua boleh.

#Rindu kenangan masa kecik-kecik

2 comments:

paan kowt said...

aah....yg panggil berharkat tuh mmg betol..rindu lak nak org panggil kita mcm tuh skang..heheh

Cik Hati said...

@paan kowt skang pun bleh klu nak org pnggil kita cam tu..lbih mendayu pun bleh..(hantu)haha