Tuesday 22 November 2011

Permulaan Baru


Ok..Semester baru dah bermula…kalau masa sekolah dulu, nak start sekolah ja..mesti beli beg baru,kasut baru, baju sekolah baru..Tapi sekarang, bila dah masuk IPTA ni (macam formal ja kan..ahaha) Cik Hati tak peduli pun semua tu.Asal ada pen, test pad dengan note book, cukup la tu kan. (ok, tipu sikit la, Cik Hati ada beli barang peribadi yang lain sama.)

Sem baru ni sempoi gak la, iyela dah part 5, boleh dikatakan ‘seniorita’ la kan. Dah kena dok rumah sewa (RM380 sebulan ok..Tapi kongsi  7 orang), boleh naik kereta pergi  kelas (bukan kereta Cik Hati pun, menumpang ja) , dan boleh masak sendiri kat rumah (jimat). 

Agak-agak masuk sem ni, boleh jadi macam dalam filem tak? Terlanggar bahu mamat hensem, terpegang buku yang sama dengan mamat hensem di library, bertentang mata dengan mamat hensem masa nak pergi kelas. Ha, nampak tak kegatalan yang terserlah.Semua nak mamat hensem, tapi, mamat hensem mau ka kat Cik Hati? (HARAPAN……)

Emak Cik Hati pesan, “hang dah dok luaq ni, toksah dok merayau pulak, jaga diri elok-elok, motor jangan lupa kunci, pintu rumah pun kunci jugak,…………..dan pelbagai pesanan  seterusnya”

Macam biasa, ayat normal bila mula sem."Aku tak boleh main-main dah, belajar betul-betul,assignment siapkan awal, kena rajin buat nota dan jangan menggelamun bila dalam kelas." Tapi, bila sampai pertengahan sem, pergi hilang mana entah azam semua tu..ahahaha

#Sem baru ada subject baru, pensyarah baru dan azam baru.

0 comments: