Saturday, 8 October 2011

Marah ada hadnya OK !



Emosi kita kadang kala susah nak dikawal kan..Ada masanya dalam kita dok gelak bagai nak tercabut mulut, then, tiba-tiba dalam masa sesaat ja, kita boleh sedih bagai nak tercabut mata.(Macam hyperbola pulak ayat Cik Hati ni kan..) Tapi, dalam kita dok marah, jangan pulak susah nak kawal diri kita na. Bukan apa, Cik Hati dah pernah tengok (alami sendiri sebenarnya), bila tengah marah, memang susah nak kawal diri. Setelah dibuat kajian secara mendalam menggunakan cangkul dan alat menggali yang lain..Eh, yang guna alat macam tu apahal, ni kajian la…bukan galian..=_=
Dahsyat kalau marah sampai berasap..!

Ok, setelah Cik Hati wat kajian, Cik Hati perasan yang masyarakat kita ni, kalau marah, memang akan ada tabiat ni. Mari kita merungkai tabiat-tabiat mereka. (Roll VT….VT ka VC ek?? Entah..ahaha)

  1. Mengamuk dan maki-maki sekuat hati.
Macam la orang sekeliling pekak kan, nak jerit-jerit. Apa kau pikir, kau sorang ja yang ada mulut dan anak tekak. Paling kronik, mengamuk dan jerit-jerit depan laptop sebab blackout masa layan FB/Twitter
   
    2.Tendang dan tumbuk barang berhampiran.

Dah marah kat orang, apahal pergi pukul barang.Kan sendiri dah sakit..Tak paham betul la Cik Hati dengan orang macam ni.

    3.Baling cell phone (orang kita panggil handset)


Kalau dah marah kat orang, yang baling handset tu buat apa. Bukan handset tu bersalah pun, korang gak yang susah sebab handset rosak, lepas tu kena perabis duit lagi bawak pi repair. Kan dah mengalami kerugian.

    4.Membabitkan orang lain.

Ha, yang ni lagi menyakitkan hati. Dah la dok lepas marah depan kita kan, tu sekali dengan kita dibabitnya. Padahal kita ni ternganga dan layan ja dengar cerita dia yang high volume tu kan. Kita cuma tanya dia macam mana nak on suis lampu ja kan, dah dia baling kita dengan lampu. (Punca la time tu korang  tanya soalan kurang bijak kan)

   5.Lari dan melolong merata-merata


Jangan terkejut tau, ada gak yang spesis ni ok. Stail lari dan melolong sambil mengalirkan air mata disertai pulak dengan hujan lebat dan guruh berdentum. (marah stail drama ok….) Lari tengah-tengah malam, dan bila kawan risau katanya, “Tolong hormati saya, saya perlukan masa bersendirian” Apa kejadahnya, kalau dah lari tengah-tengah malam, menyusahkan orang lain nak cari kamu..huihhhhhhh

# Tak salah kalau nak meluahkan tekanan perasaan, tapi, jangan la sampai orang lain yang tertekan.

*Kita merancang, ALLAH juga merancang, namun rancangan ALLAH lebih tinggi dan berharga dari rancangan kita. Jangan mudah melenting atas takdir kita,terima lah ia dengan keredhaan.

2 comments:

Penyu said...

penyu marah dalam hati je. ok, tipu. memang suka marah. hehe

cik hati said...

@Penyu
haha...mengaku takpa :)