Thursday, 6 October 2011

Big Apple Donuts Kini Di Taiping !


Big Apple Donuts dah ada dekat Taiping!!!!!!!! Ok maaf, tak dapat mengawal diri sebab Cik Hati memang penggila Big Apple Donuts. Cik Hati sanggup bersusah payah meredah sungai dan gunung semata-mata ingin menikmati kelazatan donut Big Apple di Jaya Jusco Ipoh…IPOH ok…Dari TAIPING pergi IPOH... (Cerita mau drama sikit kan..hahaha)

Bagi yang belum pernah merasa makan Big Apple Donuts, Cik Hati syorkan pergi lah makan ok..hahah, sebab memang sedap.Ya..! Sangat sedap ! (apahal lak Cik Hati promot bagai nak gila ni kan??) Bagi yang tak tau apa itu Big Apple Donuts, Ianya adalah sebuah kedai (kedai ka restoran ek?) yang menjual donut pelbagai perisa. Ala yang macam Dunkin’ Donuts tu la..Kalau Dunkin’ Donuts pun tak tau…erm….macam mana nak terang ek..erm..alaaa…..seperti donut yang dijual oleh Kak Bedah di gerai kuih muihnya, namun dicelup dengan perisa strawberi..(apahal strawberry plak..coklat la sedap kan…..)

Suatu pagi yang indah, Cik Hati teman la mak Cik Hati pergi Tesco Taiping, nak beli barang-barang dapur la katakan..(Nampak tak, ciri-ciri menantu pilihan..? haha) Cik Hati terpandang la sebuah outlet yang tersergam indah betul2 depan KFC dan Kedai Barang Kemas apa entah ala..yang mahal tu..Orang Taiping mesti tau kan, sebab ada satu Tesco ja pun kan kat Taiping ni =_=” senang cerita kat tapak Restoran Bali dulu tu..(Bali ka Jom Bali ntah..lupa dah)

Sedap baq ang!!!!
Kira lepas ni, Cik Hati boleh la makan donut yang sedap dan lembut selalu..Indahnya dunia !!!!!!!

# Taiping dah makin maju la..Nampak gayanya, kalau Cik Hati jarang balik Taiping, mau sesat gak la dengan perubahan bandar warisan ni.
*Perasan tak Cik Hati kerap update blog, ni semua sebab Cik Hati dah start cuti sem dan kebosanan di rumah =_='

2 comments:

mr_right said...

Taiping makin maju ! suka gila!!! uhuh

btw, untuk kad raya tu, nanti mr right pos ek. asyik terlupe jek=.=

cik hati said...

@mr_right iyela, taiping mkin mmbngun..hehe..xpa2, kmi pham..ko dh stat klas dh kn..