Monday, 7 November 2011

Pesanan Cinta:Part 4


Aku sudah terduduk kerana tiada siapa di tasik itu. Hanya aku dan Lina. Bunyi bising yang datang dari Food Court yang berhampiran menghalang aku untuk menangis. Takut aku termalu sendiri jika berbuat demikian. Mungkin ini adalah hari terakhir untuk aku berjumpa dengan Fiq, kerana selepas ini masing-masing akan membawa haluan sendiri. “Dia di Kedah, aku di Perak, macam mana nak jumpa lagi dah? Mustahil la aku nak turun Kedah semata-mata nak mai jumpa dia. Kami kawan ja, bukannya.…” kata-kata aku terhenti di situ. Aku tak sanggup hendak meneruskan lagi, akhirnya aku mengalah dan hanya mampu menangis di bahu Lina.

“Bukannya apa Ani?” Aku begitu cam dengan suara itu. Lantas aku memalingkan wajahku ke arah suara tersebut. Sah la, itu suara Fiq. Aku terpaku malu. Terasa deras detak jantungku berdengup. “Awak lambat 15minit tau”, Fiq pura-pura marahkan aku. “Maaf, tadi saya keluar dengan classmates dan tak baca mesej awak”, ujarku memberi alasan. “Itu la, merajuk lagi. Sejak bila hantu penanggal pandai merajuk?ahahaha”, puas Fiq tertawakan aku. “Sejak hantu penanggal berkawan dengan Dracula ”, balas ku tajam dan spontan.

Senyap. Masing-masing terdiam. Tiada langsung sisa-sisa ketawa kedengaran. “Apa yang awak nak bagitau saya semalam?” tanya ku memecah kesunyian antara kami. “Saya?? Nak bagitau apa?? Tak ingat la pulak”, Fiq memandang ku dengan penuh persoalan. Aku terdiam. “Takkan la aku tersilap baca mesej?” bermonolog aku sendiri. “Hahaha..dah, tak payah buat muka macam tu. Saya ingat la. Memang la saya nak bagitau something kat awak.Tapi sebelum awak merajuk la.” Puas Fiq kenakan aku hari ini. “OK, tak mau bagitau sudah la”, aku pun berlalu pergi sambil menarik tangan Lina.

Kedengaran bunyi mesej dari beg sandangku. Lantas aku mengeluarkan telefon bimbitku yang bingit berdering itu sambil meneruskan hayunan kaki ke kereta.

-Puteri Nur Alia Binti Shahrizal, saya Fikri Hafiz Bin Azhar, mengaku yang saya mencintai awak-

Aku terdiam dan kaku. Lina kehairanan melihat aku. Setelah setahun lebih kami berkawan, inilah pertama kali Fiq meluahkan isi hatinya. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Lantas aku memalingkan wajah ke arah Fiq di tasik. Memang itu juga yang bermain di hatiku. Hati aku terikat dengan kebaikan dan keikhlasan Fiq dalam menjaga batas-batas hubungan kami berdua.

- Sememangnya,saya Puteri Nur Alia Binti Shahrizal juga telah jatuh hati padamu Fikri Hafiz Bin Azhar-

Jelas terpapar senyuman di wajah Fiq setelah membaca mesej yang dihantar olehku. Aku tidak sangka yang aku telah jatuh hati padanya yang selama ini bergelar kawan dan sahabat. Namun, sengaja disimpan perasaan itu demi menunaikan segala hasrat di Universiti. Perkenalan yang dimulakan dengan satu mesej perkenalan, di luahkan juga melalui satu pesanan cinta. Aku sangat beruntung dan bersyukur kepada Allah. Hanya itu yang mampu aku katakan.

-TAMAT- 

-Link kisah sebelumnya:

Friday, 4 November 2011

Pesanan Cinta:Part 3


Kami sering berjumpa dan mengulang kaji bersama-sama di Perpustakaan. Walaupun berlainan program dan subject, namun Fiq mempunyai pengetahuan yang luas mengenai IT dan komputer. Kami sering bertukar pendapat dan pengetahuan. Sejak semester baru bermula, kami sering berjumpa dan berselisih di UiTM. Fiq sering mengusik aku dengan mengatakan bahawa aku ini seorang yang sombong dan serius, kerana itu lah aku tidak pernah perasan kalau bertembung dengannya sewaktu belum berkenalan dengan dirinya dulu. Dia memang pandai membuatku tersenyum dan bijak melembutkan hatiku yang dikatakan keras oleh semua orang.

Tanpa ku sedari, sudah hampir tiga tahun aku mengenali insan yang bernama Fikri Hafiz. Walaupun kami sudah lama berkawan, namun hubungan kami sekadar kawan. Dia menghormati keputusan aku untuk tidak mencampur aduk kan pelajaran dengan percintaan. Bagi aku, amanah Ibu dan bapa aku adalah untuk aku belajar, dan bukannya mencari pasangan. 

Mungkin terlalu skema jika aku katakan hal ini pada orang lain. Kadang kala aku sering dikatakan skema kerana terlalu mengikut peraturan dan arahan. Teringat aku pada saat aku dan Fikri berkenalan, aku juga dikatakan skema oleh Fiq kerana terlalu bersopan. Semester ini adalah semester terakhir untuk aku dan Fikri. Kami masing-masing sudah di semester akhir dan bersiap sedia menghadapi Final Exam. Bagi aku ini adalah kemuncak segalanya setelah berhempas pulas sepanjang tiga tahun untuk bergelar graduan lepasan ijazah.

 -Fiq ada benda nak cakap kat Alia ni-

­­-Paddia? Tak payah la cakap, taip je mesej..hehe..-

 Gurau ku pada Fiq. Sememangnya kami begitu. Sering bergurau dan ada kalanya seolah-olah kasar gurauan yang dilemparkan. Namun, tidak pernah terdetik perasaaan untuk berkecil hati mahupun tersentak dengan gurauan itu.
 
-Erm, Alia dok study ka?-

-Iyela, esok kan last paper. Killer subject plak tu. Saya rasa macam nak tercabut kepala ni..huhuhu-

-Eh, jangan la macam tu. Kalau kepala Alia tercabut, nanti tak pasal-pasal ada kes hantu penanggal pulak. Hahaha…Fiq pun takut nak kawan ngan Alia kalau macam tu.-

-Tak mau kawan sudah. Ada aku kisah-

Segera ku matikan telefon bimbitku lantas dibaling ke katil. Terasa marah dan geram pula dengan gurauan Fiq tadi. “Eh, ang pasai pa? kalau tension study pun, tak payah la marah kat telefon tu, kesian kat orang yang mesej tadi, bergegar dia dalam tu.hahaha”, gurau Lina. “Biaq ! biaq p kat dia, meluat aku aih”, kataku melepaskan geram. Mungkin dah terbiasa dengan loghat Kedah, nak marah pun pakai loghat Kedah. Tersenyum rakan sebilik ku dengan kelakuanku tadi. “Awat? Ang gaduh dengan Fiq ka?”, tanya Lina dengan lembut.

Aku hanya mendiamkan diri lantas ku tutup buku dengan kemas dan memaling ke arah jam di meja. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 1 pagi. “Aku tidoq dulu la na. Ang jangan dok berjaga lewat sangat, nanti ada hantu penanggal mai kot tingkap nanti.”,gurau ku pada Lina. Aku tahu, Lina memang seorang yang mempunyai daya imaginasi yang meluas mengenai hantu dan benda-benda mistik. Sengaja aku mengusik Lina agar dia tidak meneruskan lagi perbualan kami mengenai Fiq.

“Ang kalau takmau sembang pasai Fiq, ang diam sudah la. Yang dok cakap merepek ni pasai pa?”, marah Lina padaku. Aku awal-awal lagi sudah menarik selimut hingga ke muka. Terhingut-hingut aku menahan ketawa, dan serentak dengan itu juga Lina mematikan lampu dan keadaan menjadi sunyi. Hanya bunyi cengkerik yang mengalunkan muzik ketika itu. Belum sempat aku nak memejamkan mata, otak aku mula memikirkan Fiq. “Kenapa yang aku nak marah sangat? Dia gurau ja pun, macam la tak biasa”, aku melayan perasaan sendirian.
************

Aku dan rakan-rakan meraikan hari pembebasan kami. Hari pembebasan daripada buku, nota, assignment, presentation malahan hari penbebasan dari memakai kad pelajar. Budak-budak kelas aku mahu ke Cenrtal Square untuk meraikan hari tersebut dengan bermain bowling dan berkaraoke. Masing-masing sangat gembira hari itu. Hanya aku melayan perasaan sendiri. Aku masih memikirkan Fiq. Entah kenapa, aku berasa sangat terasa hati dengannya malam itu. “Wei, dah abis exam dah pun, awat yang dok muncung lagi?”, tegur Lina tiba-tiba. Entah bila dia datang, aku pun tak perasan. Mungkin aku terlalu melayan perasaan tadi. “Eh, mana ada. Aku ok ja la”, kata ku sambil melemparkan senyuman palsu. “Sudahlah, macam la aku tak kenal ang. Sejak dari diploma lagi aku dengan ang. Cuba ang mesej Fiq.”, Lina memberikan cadangan.

Tanpa berlengah lagi, aku mengeluarkan telefon bimbit dari beg sandangku. “Kenapa la aku tak terpikir nak mesej dia kan? Dok pikir yang bukan-bukan ja tau.”Gumam ku sendiri. “Tu, dok bebel apa lagi? Lekas la mesej cik abang ang tu.”Pandai pulak Lina ni mengusik. “Diam la ang”, aku termalu. Bila aku menghidupkan telefon bimbit, bertalu-talu mesej masuk. Ada sepuluh missed call dan empat mesej baru.Semuanya dari Fiq. Aku mula tersenyum puas. “Tau pun takut aku merajuk”, aku tersenyum lagi. “Hai, dengan nset pun senyum. Sah la kawan aku ni angau cinta”, Tiba-tiba Lina datang dari belakang. Mungkin dia curi-curi tengok ke skrin telefon aku tadi. “Naahhhh..tolong sikit cheq na..Aku tak angau pun na”, kata ku sambil menghadiahkan cubitan ke peha Lina. “Oiiii…sakit la wei!!”, menjerit Lina dengan kuat.

-Alia, napa diam ni? Awak busy study ka? Tak kan merajuk pulak saya kata lagu tu?-

-Alia, maaf la kalau saya kecilkan hati awak. Saya cuma nak hiburkan awak ja. Saya tak nak la awak stress, nanti tak masuk apa yang awak study-

-Napa saya call awak tak dapat? Awak off nset ka? Jangan la macam ni-

-Maafkan saya andai saya terkasar bahasa. Esok awak abis paper kan? Kalau awak nak tau apa yang saya nak cakap kat awak tadi, awak datang kat tasik UiTM pukul 6 petang. Saya tunggu awak. Gud Luck 4 your exam tomorrow-

Aku baca semua mesej yang dihantar oleh Fiq semalam. Terasa bersalah pula buat dia seperti itu. Teringat juga mengenai perkara yang ingin disampaikan oleh Fiq semalam. Belum sempat dia memberitahu aku dah merajuk. “Alahai, mengadanya aku ni”, segera aku memandang jam yang telah melebihi pukul 5 petang. “Alamak, sempat tak ni nak jumpa dia?”, aku sudah mula risau dan gelisah. Ini kerana aku tahu yang last paper Fiq adalah semalam dan dia mahu berjumpa aku sebelum pulang.“Lina, tolong hantar aku p UiTM jap”.
*************
Bersambung..............................
#Nantikan kesudahannya di entry akan datang.. 
Ini Link Kisah Sebelumnya:

Thursday, 3 November 2011

Pesanan Cinta:Part 2


Pagi-pagi lagi aku sudah di dapur tolong emak masak. Menu hari ini adalah nasi lemak Cik Tun. Sengaja aku namakan nasi lemak Cik Tun, sebab semua orang di taman, panggil emak aku dengan gelaran Cik Tun. Emak memang pandai memasak,apa saja yang dimasak olehnya, memang sedap.

“Ang tolong tumiskan sambal tu Alia, mak nak ke kedai jap”, kata mak.”Iyela mak, mai orang yang masak arinie. Ala, setakat nak buat sambal ikan senang ja mak”, kataku dengan bangga. Disebabkan tidak mendapat sebarang tindakbalas dari emak, aku segera menoleh ke belakang, rupanya emak dah keluar pergi ke kedai.”Erm, tau dah la adik dapat perangai ghaib dari sapa kan”, senyum ku sendiri.

Sedang asyik aku di dapur, kedengaran suara Ella lembut berdendang. Itu menandakan mesej baru masuk di telefon bimbitku. Hendak disuruh adik ambilkan, dia pergi ke sekolah hari ini. Terpaksa lah aku sendiri yang pergi mendapatkan telefon di dalam bilik. Segera ku padamkan api dapur setelah selesai memasak, dan berlalu ke bilik.

-Hai, Cik Adik marah ka? Saya ni, adik Kak Zie, ala awek Abang Zaid tu. Abang Zaid yang bagi nombor awak kat saya. Maaf kalau saya mengganggu.-

-Owh, boleh pun bagitau dia sapa kan. Saja nak uji kesabaran orang. Awat Zaid bagi nombor saya kat awak pulak? Awak ni ejen pekerjaan ka?-

-Hahaa..pandai gak bergurau na. Ingatkan tegas macam polis. Saya yang minta nombor awak dekat Abang Zaid. Saja nak tambah kawan. Boleh tak?-

-Boleh ja. Abang Zaid tak kan bagi nombor saya kan orang jahat kan..hehe..erm, apa nama awak?-

-Ha, tau takpa, saya baik orangnya.hehe..Saya Fikri Hafiz. Selamat berkenalan ya-

****************

Sudah genap dua bulan aku berkawan dengan Fikri. Dia memang seorang lelaki yang baik. Dia sering memberikan nasihat padaku dan rajin ingatkan aku perihal solat. Bak kata orang tua, sesuai la dijadikan calon suami. “amboii Alia, gatai ang na..”, senyum ku sendiri.
Walaupun masing-masing jauh dan berlainan negeri, Itu tak menjadi masalah kerana sekarang pelbagai kemudahan komunikasi yang boleh digunakan sebagai perantaraan.

Kalau bosan mesej menggunakan telefon bimbit, kami menggunakan Yahoo Mesegger dan juga Facebook. Fikri berada di Kedah, manakala aku pula di Perak. Mujurlah sama-sama belajar di UiTM Kedah, walaupun berlainan program. “Kenapa aku tak pernah jumpa dia kat sana ek? Padahal satu Universiti ja pun, bukan besar sangat UiTM tu”,fikir ku sendiri. Aku sendiri baru mengetahui hal ini, bila aku bertanyakan pada Fikri mengenai tempat belajarnya. Dia pun terkejut yang kami satu Universiti tetapi tak pernah terserempak langsung. 

Abang Zaid pun tak pernah menceritakan hal Fikri kepada aku. Bayangkan, dia boleh buat tak tahu saja bila aku bertanyakan mengenai kenapa dia memberikan nombor aku pada Fikri. “Ang kenal Fikri Hafiz tak?”, tanya ku pada Abang Zaid. “A’aa, aku kenal la, dia adik Zie. Awat?”, tanya Abang Zaid kembali padaku. “Aku tau la dia adik Kak Zie, tapi awat ang bagi nombor aku kat dia? Ang dok promot aku pasai pa?”, geramku pada Abang Zaid. “Bila aku promot ang? Ang ingat ang lawa sangat ka? Ngaku ja la kalau ang dah suka dia”, kata Abang Zaid sambil tersenyum sinis padaku. Serentak dengan itu juga, melayang bantal ku di muka Abang Zaid. Terasa merah muka aku bila Abang Zaid mengusik seperti itu.
***************

#Bersambung.....

*Jika berminat dengan apa yang dituliskan oleh Cik Hati, nantikan sambungannya ok.^_^
-Ini Link kisah sebelumnya:

Wednesday, 2 November 2011

Pesanan Cinta:Part 1


Lagu Ku Merindu berirama nyaring. Aku malas hendak bangun mencapai telefon bimbit ku di atas meja makan. Kalau boleh aku mahu biarkan saja ia berlagu hingga habis.”Oii,telefon ang bunyi nie!”adik aku mula bising kerana ternganggu dengan bunyi telefon.”Alaaa...ang tolong la tengok jap sapa yang mesej tu..Malas la nak bangun,” kataku dengan malas. “Salam, ni adik Zaid kan?” adik membaca mesej tadi dengan kuat.Geram dengan perlakuan adik,aku mula bangun mencapai telefon bimbitku.

 “Eeeehh, yang ang baca kuat-kuat sapa suruh? Nak bagi satu taman dengar mesej aku ka?” marah aku pada adik. “Tadi ang jugak yang suruh aku baca, dah aku baca marah pulak.Gila ka ang ni?” adik aku mula marah dan menjeling tajam padaku. Betul juga, kan aku yang suruh dia baca tadi, dah dia baca, aku marah dia pula. “Sorry la, akak ang ni memang pelik”, gumam ku sendiri sambil tersenyum. “Mak, tengok kak ni, dia dah gila, lepas marah orang, senyum sorang-sorang!”, jerit adik pada emak. Belum sempat aku nak mencubit bahu adik, dengan sepantas kilat dia menghilangkan diri. Macam bela jin pulak budak ni,ghaib macam tu sahaja. 

Aku dengan adik memang macam itu, selalu bergaduh dan bertekak. Ada saja yang tak kena,tapi biasa lah gaduh-gaduh manja. Tak pernah pula aku dengan adik bermasam muka lebih dari tiga jam. Jarak umur antara kami hanya tiga tahun, itu yang membuatkan kami rapat, Tambahan pula kami hanya tiga beradik sahaja. Dia lah mangsa aku marah, dia juga lah teman aku bermanja. Abang aku,Zaid jarang ada di rumah kerana bekerja.

Teringat dengan mesej tadi, aku segera mencapai telefon bimbitku. Berkerut kening tatkala membaca mesej tadi. “Siapa ek yang mesej ni? Macam mana dia tau aku adik Zaid ni?” fikirku sendiri. Otak mula ligat memikirkan siapa yang nak main-mainkan aku pakai nombor baru pulak ni. Jari-jemari aku yang runcing pun mula menaip mesej dengan ligatnya.

 -Maaf bertanya, awak siapa?-

Setelah menanti beberapa minit, telefon aku berlagu menandakan mesej baru masuk.

-Skemanya, dah macam kaunter pertanyaan pulak dah.Hahaha- 

-Ok, saya memang skema pun. Awak sapa? Nombor awak pun saya tak pernah save dalam telefon.- Taip ku dengan geram. Buat lawak pulak dia ni kan.

-Awak rasa saya siapa? Mungkin peminat misteri awak kot.haha-

Aku menhempaskan telefon ke tilam. Geram betul la aku dengan orang macam ni. Nak main-main pulak. Ingat kelakar ke? Tak langsung okay. Malas aku nak melayan kerenah orang macam tu, orang tanya elok-elok, dia main-main pulak. “Eh, macam pantun ja ayat aku ni. Eh, sudah la, apa yang aku karut ni. Buat habis prepaid aku ja layan dia”,bebel aku sendirian.
***************
                                                                                                #Bersambung.............................