Friday 4 November 2011

Pesanan Cinta:Part 3


Kami sering berjumpa dan mengulang kaji bersama-sama di Perpustakaan. Walaupun berlainan program dan subject, namun Fiq mempunyai pengetahuan yang luas mengenai IT dan komputer. Kami sering bertukar pendapat dan pengetahuan. Sejak semester baru bermula, kami sering berjumpa dan berselisih di UiTM. Fiq sering mengusik aku dengan mengatakan bahawa aku ini seorang yang sombong dan serius, kerana itu lah aku tidak pernah perasan kalau bertembung dengannya sewaktu belum berkenalan dengan dirinya dulu. Dia memang pandai membuatku tersenyum dan bijak melembutkan hatiku yang dikatakan keras oleh semua orang.

Tanpa ku sedari, sudah hampir tiga tahun aku mengenali insan yang bernama Fikri Hafiz. Walaupun kami sudah lama berkawan, namun hubungan kami sekadar kawan. Dia menghormati keputusan aku untuk tidak mencampur aduk kan pelajaran dengan percintaan. Bagi aku, amanah Ibu dan bapa aku adalah untuk aku belajar, dan bukannya mencari pasangan. 

Mungkin terlalu skema jika aku katakan hal ini pada orang lain. Kadang kala aku sering dikatakan skema kerana terlalu mengikut peraturan dan arahan. Teringat aku pada saat aku dan Fikri berkenalan, aku juga dikatakan skema oleh Fiq kerana terlalu bersopan. Semester ini adalah semester terakhir untuk aku dan Fikri. Kami masing-masing sudah di semester akhir dan bersiap sedia menghadapi Final Exam. Bagi aku ini adalah kemuncak segalanya setelah berhempas pulas sepanjang tiga tahun untuk bergelar graduan lepasan ijazah.

 -Fiq ada benda nak cakap kat Alia ni-

­­-Paddia? Tak payah la cakap, taip je mesej..hehe..-

 Gurau ku pada Fiq. Sememangnya kami begitu. Sering bergurau dan ada kalanya seolah-olah kasar gurauan yang dilemparkan. Namun, tidak pernah terdetik perasaaan untuk berkecil hati mahupun tersentak dengan gurauan itu.
 
-Erm, Alia dok study ka?-

-Iyela, esok kan last paper. Killer subject plak tu. Saya rasa macam nak tercabut kepala ni..huhuhu-

-Eh, jangan la macam tu. Kalau kepala Alia tercabut, nanti tak pasal-pasal ada kes hantu penanggal pulak. Hahaha…Fiq pun takut nak kawan ngan Alia kalau macam tu.-

-Tak mau kawan sudah. Ada aku kisah-

Segera ku matikan telefon bimbitku lantas dibaling ke katil. Terasa marah dan geram pula dengan gurauan Fiq tadi. “Eh, ang pasai pa? kalau tension study pun, tak payah la marah kat telefon tu, kesian kat orang yang mesej tadi, bergegar dia dalam tu.hahaha”, gurau Lina. “Biaq ! biaq p kat dia, meluat aku aih”, kataku melepaskan geram. Mungkin dah terbiasa dengan loghat Kedah, nak marah pun pakai loghat Kedah. Tersenyum rakan sebilik ku dengan kelakuanku tadi. “Awat? Ang gaduh dengan Fiq ka?”, tanya Lina dengan lembut.

Aku hanya mendiamkan diri lantas ku tutup buku dengan kemas dan memaling ke arah jam di meja. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 1 pagi. “Aku tidoq dulu la na. Ang jangan dok berjaga lewat sangat, nanti ada hantu penanggal mai kot tingkap nanti.”,gurau ku pada Lina. Aku tahu, Lina memang seorang yang mempunyai daya imaginasi yang meluas mengenai hantu dan benda-benda mistik. Sengaja aku mengusik Lina agar dia tidak meneruskan lagi perbualan kami mengenai Fiq.

“Ang kalau takmau sembang pasai Fiq, ang diam sudah la. Yang dok cakap merepek ni pasai pa?”, marah Lina padaku. Aku awal-awal lagi sudah menarik selimut hingga ke muka. Terhingut-hingut aku menahan ketawa, dan serentak dengan itu juga Lina mematikan lampu dan keadaan menjadi sunyi. Hanya bunyi cengkerik yang mengalunkan muzik ketika itu. Belum sempat aku nak memejamkan mata, otak aku mula memikirkan Fiq. “Kenapa yang aku nak marah sangat? Dia gurau ja pun, macam la tak biasa”, aku melayan perasaan sendirian.
************

Aku dan rakan-rakan meraikan hari pembebasan kami. Hari pembebasan daripada buku, nota, assignment, presentation malahan hari penbebasan dari memakai kad pelajar. Budak-budak kelas aku mahu ke Cenrtal Square untuk meraikan hari tersebut dengan bermain bowling dan berkaraoke. Masing-masing sangat gembira hari itu. Hanya aku melayan perasaan sendiri. Aku masih memikirkan Fiq. Entah kenapa, aku berasa sangat terasa hati dengannya malam itu. “Wei, dah abis exam dah pun, awat yang dok muncung lagi?”, tegur Lina tiba-tiba. Entah bila dia datang, aku pun tak perasan. Mungkin aku terlalu melayan perasaan tadi. “Eh, mana ada. Aku ok ja la”, kata ku sambil melemparkan senyuman palsu. “Sudahlah, macam la aku tak kenal ang. Sejak dari diploma lagi aku dengan ang. Cuba ang mesej Fiq.”, Lina memberikan cadangan.

Tanpa berlengah lagi, aku mengeluarkan telefon bimbit dari beg sandangku. “Kenapa la aku tak terpikir nak mesej dia kan? Dok pikir yang bukan-bukan ja tau.”Gumam ku sendiri. “Tu, dok bebel apa lagi? Lekas la mesej cik abang ang tu.”Pandai pulak Lina ni mengusik. “Diam la ang”, aku termalu. Bila aku menghidupkan telefon bimbit, bertalu-talu mesej masuk. Ada sepuluh missed call dan empat mesej baru.Semuanya dari Fiq. Aku mula tersenyum puas. “Tau pun takut aku merajuk”, aku tersenyum lagi. “Hai, dengan nset pun senyum. Sah la kawan aku ni angau cinta”, Tiba-tiba Lina datang dari belakang. Mungkin dia curi-curi tengok ke skrin telefon aku tadi. “Naahhhh..tolong sikit cheq na..Aku tak angau pun na”, kata ku sambil menghadiahkan cubitan ke peha Lina. “Oiiii…sakit la wei!!”, menjerit Lina dengan kuat.

-Alia, napa diam ni? Awak busy study ka? Tak kan merajuk pulak saya kata lagu tu?-

-Alia, maaf la kalau saya kecilkan hati awak. Saya cuma nak hiburkan awak ja. Saya tak nak la awak stress, nanti tak masuk apa yang awak study-

-Napa saya call awak tak dapat? Awak off nset ka? Jangan la macam ni-

-Maafkan saya andai saya terkasar bahasa. Esok awak abis paper kan? Kalau awak nak tau apa yang saya nak cakap kat awak tadi, awak datang kat tasik UiTM pukul 6 petang. Saya tunggu awak. Gud Luck 4 your exam tomorrow-

Aku baca semua mesej yang dihantar oleh Fiq semalam. Terasa bersalah pula buat dia seperti itu. Teringat juga mengenai perkara yang ingin disampaikan oleh Fiq semalam. Belum sempat dia memberitahu aku dah merajuk. “Alahai, mengadanya aku ni”, segera aku memandang jam yang telah melebihi pukul 5 petang. “Alamak, sempat tak ni nak jumpa dia?”, aku sudah mula risau dan gelisah. Ini kerana aku tahu yang last paper Fiq adalah semalam dan dia mahu berjumpa aku sebelum pulang.“Lina, tolong hantar aku p UiTM jap”.
*************
Bersambung..............................
#Nantikan kesudahannya di entry akan datang.. 
Ini Link Kisah Sebelumnya:

1 comments:

aku hana said...

aku suka part biaq ! biaq pi kat dia. haha.