Thursday 3 November 2011

Pesanan Cinta:Part 2


Pagi-pagi lagi aku sudah di dapur tolong emak masak. Menu hari ini adalah nasi lemak Cik Tun. Sengaja aku namakan nasi lemak Cik Tun, sebab semua orang di taman, panggil emak aku dengan gelaran Cik Tun. Emak memang pandai memasak,apa saja yang dimasak olehnya, memang sedap.

“Ang tolong tumiskan sambal tu Alia, mak nak ke kedai jap”, kata mak.”Iyela mak, mai orang yang masak arinie. Ala, setakat nak buat sambal ikan senang ja mak”, kataku dengan bangga. Disebabkan tidak mendapat sebarang tindakbalas dari emak, aku segera menoleh ke belakang, rupanya emak dah keluar pergi ke kedai.”Erm, tau dah la adik dapat perangai ghaib dari sapa kan”, senyum ku sendiri.

Sedang asyik aku di dapur, kedengaran suara Ella lembut berdendang. Itu menandakan mesej baru masuk di telefon bimbitku. Hendak disuruh adik ambilkan, dia pergi ke sekolah hari ini. Terpaksa lah aku sendiri yang pergi mendapatkan telefon di dalam bilik. Segera ku padamkan api dapur setelah selesai memasak, dan berlalu ke bilik.

-Hai, Cik Adik marah ka? Saya ni, adik Kak Zie, ala awek Abang Zaid tu. Abang Zaid yang bagi nombor awak kat saya. Maaf kalau saya mengganggu.-

-Owh, boleh pun bagitau dia sapa kan. Saja nak uji kesabaran orang. Awat Zaid bagi nombor saya kat awak pulak? Awak ni ejen pekerjaan ka?-

-Hahaa..pandai gak bergurau na. Ingatkan tegas macam polis. Saya yang minta nombor awak dekat Abang Zaid. Saja nak tambah kawan. Boleh tak?-

-Boleh ja. Abang Zaid tak kan bagi nombor saya kan orang jahat kan..hehe..erm, apa nama awak?-

-Ha, tau takpa, saya baik orangnya.hehe..Saya Fikri Hafiz. Selamat berkenalan ya-

****************

Sudah genap dua bulan aku berkawan dengan Fikri. Dia memang seorang lelaki yang baik. Dia sering memberikan nasihat padaku dan rajin ingatkan aku perihal solat. Bak kata orang tua, sesuai la dijadikan calon suami. “amboii Alia, gatai ang na..”, senyum ku sendiri.
Walaupun masing-masing jauh dan berlainan negeri, Itu tak menjadi masalah kerana sekarang pelbagai kemudahan komunikasi yang boleh digunakan sebagai perantaraan.

Kalau bosan mesej menggunakan telefon bimbit, kami menggunakan Yahoo Mesegger dan juga Facebook. Fikri berada di Kedah, manakala aku pula di Perak. Mujurlah sama-sama belajar di UiTM Kedah, walaupun berlainan program. “Kenapa aku tak pernah jumpa dia kat sana ek? Padahal satu Universiti ja pun, bukan besar sangat UiTM tu”,fikir ku sendiri. Aku sendiri baru mengetahui hal ini, bila aku bertanyakan pada Fikri mengenai tempat belajarnya. Dia pun terkejut yang kami satu Universiti tetapi tak pernah terserempak langsung. 

Abang Zaid pun tak pernah menceritakan hal Fikri kepada aku. Bayangkan, dia boleh buat tak tahu saja bila aku bertanyakan mengenai kenapa dia memberikan nombor aku pada Fikri. “Ang kenal Fikri Hafiz tak?”, tanya ku pada Abang Zaid. “A’aa, aku kenal la, dia adik Zie. Awat?”, tanya Abang Zaid kembali padaku. “Aku tau la dia adik Kak Zie, tapi awat ang bagi nombor aku kat dia? Ang dok promot aku pasai pa?”, geramku pada Abang Zaid. “Bila aku promot ang? Ang ingat ang lawa sangat ka? Ngaku ja la kalau ang dah suka dia”, kata Abang Zaid sambil tersenyum sinis padaku. Serentak dengan itu juga, melayang bantal ku di muka Abang Zaid. Terasa merah muka aku bila Abang Zaid mengusik seperti itu.
***************

#Bersambung.....

*Jika berminat dengan apa yang dituliskan oleh Cik Hati, nantikan sambungannya ok.^_^
-Ini Link kisah sebelumnya:

0 comments: