Tuesday 4 October 2011

Gadis Kasar Itu Cool

Pernah tak korang dengar kata-kata ni?? Jarang la kalau orang nak bersetuju dengan statement ni kan. Tapi hakikatnya, (apahal macam berpidato plak Cik Hati ni…huih)..K, kembali ke alam nyata, hakikatnya (nak jugak sambung ayat tu..haha)…Kebanyakan orang tak sedar gadis yang dikatakan bersikap kasar adalah gadis yang defensive (kebal/menjaga diri).
Kenapa Cik Hati berkata sedemikian? Bukan niat Cik Hati nak menyokong seratus peratus akan sikap kasar dalam diri seorang gadis. Namun, sikap kasar yang Cik Hati maksudkan adalah ketegasan dalam diri seorang gadis. Bersikap kasar bukanlah yang macam korang bayangkan sebagai contoh : tumbuk dan belasah sesiapa saja yang lalu depan mata, bercakap dengan kuang ajaq, hilang pedoman dan akidah ketika berbicara, bebas hanyunan tangannya ketika bersosial, memakai seluar pendek ala-ala beach boy dan pelbagai contoh lagi yang sewaktu denganya.- BUKAN SEPERTI SEMUA YANG TERTERA DI CONTOH ITU OK.-

Tak semua gadis bersikap kasar itu terdorong ke arah tomboy, pengkid mahupun lesbian. Kadang kala sikap kasar yang ditonjolkan oleh gadis adalah untuk mempertahankan diri. Mereka tidak gemar kelemahan diri mereka dihidu oleh orang lain. Bagi sesetengah gadis pula, mereka tidak suka bersikap lemah gemalai terhadap lelaki, kerana menganggap lelaki akan berpura-pura dalam melayan kerenah mereka.

Hakikatnya, Cik Hati memerhatikan bahawa, jika seorang gadis itu dianggap kasar oleh lelaki, maka golongan lelaki akan lebih selesa bersembang dan melepak dengan mereka. Ini kerana, golongan lelaki tidak perlu menjaga percakapan mereka ketika bergurau dan tidak perlu risau risiko bagi gadis tersebut untuk merajuk atau sentap.

Bagi gadis yang bersikap kasar dalam bercinta pula, sememangnya, mereka akan mengelak untuk diberi panggilan manja. Ini kerana, mereka malu dan tidak selesa jika begitu serta mengandaikan percintaan tidak matang. Mereka gemarkan sebuah percintaan yang sempoi dan lebih kepada menjadi diri sendiri. Ini kerana, mereka beranggapan bahawa jika seorang lelaki itu selesa dengan mereka seperti mana ketika berkawan, maka tidak akan ada rahsia antara pasangan seperti mana berkawan. Jadi, jika anda bercinta dengan gadis kasar, janganlah memaksa atau makan hati jika mereka menolak untuk dipanggil ayang, baby, mahupun darling sekali pun. Tapi anda jangan risau, kerana gadis seperti ini, akan menggunakan panggilan lain yang dirasakan sesuai. (kasar pun tetap ada kelembutan hatinya)

Seorang gadis yang kasar, tidak akan mudah mempamerkan reaksi serta perasaanya. Jika mereka mendapat hadiah mahupun kejutan dari anda, tak payah la harapkan reaksi seperti eric buat surprise decoration ok. Diorang akan cool ja, tapi sangat menghargai serta terharu. Mungkin diorang hanya akan mengucapkan terima kasih tanpa perasaan dengan nada mendatar. Namun, hakikatnya, mereka sangat berterima kasih serta mengingati hal tersebut sepanjang hidup.

Seorang gadis akan bersikap kasar agar mereka tidak mudah didekati serta sukar untuk menerima orang lain dalam hidup mereka. Namun, jika dikenali dengan lebih rapat, mereka adalah seorang yang berhati-hati serta romantik kadang kala ok. Jangan terkejut tau, kalau ada di antara mereka adalah pencinta yang setia.



#Kelembutan seorang gadis ibarat manggis yang keras di luar, namun isi dalamannya sangat lembut.