Saturday 29 October 2011

10 Cara Mengakrabkan Group Member Assignment Korang.

Korang pernah rasa tertekan dengan group member assignment korang? Berusaha nak ceriakan diri dalam group itu? Mahukan perhatian dari ahli-ahli group korang? Mahukan jalan penyelesaian agar tak terlibat lagi dengan diorang semester depan? Ya, Cik Hati akan memberikan 10 CARA MENGAKRABKAN  MENGGILAKAN GROUP MEMBER ASSIGNMENT.

1.Sentiasa memuji group lain.
“Hebatnya group Saaodah tu, markah diorang semua hebat. Indahkan dunia kalau dapat satu group dengan diorang. Tak payah nak buat kerja sorang-sorang. Muka diorang pun cantik-cantik, tenang ja hati kalau tengok”.
-Dengan serta merta group member korang akan berbisik-bisik sesama diorang. Baru la nampak mesra kan.

  2. Berlakon yang laptop korang kena virus.

“Wei, laptop aku kena virus la, Trojan, malahan Worm pun semua dah kenyang makan assignment kita. Aku rasa kita kena buat balik dari acknowledgement sampai la conclusion hari ni jugak, sebab lagi 3minit dah kena submit”.
Mesti secara automatic group korang akan jadi kecoh. Baru la ceria kan.

3.Hilangkan assignment korang.
“Aku rasa aku dah terbuang la assignment tadi. Jom kita cari sama-sama dalam tong sampah”.
-Korang mesti akan dilihat sebagai sebuah group yang mempunyai semangat kerjasama yang tinggi.

 4.Sibuk siapkan bahagian kerja group lain.
Jap, aku tak sempat la nak buat assignment kita. Aku nak tolong siapkan kerja group lain dulu ni. Penting tau”.
-Group korang akan dipuji oleh orang lain sebab rajin membantu.

5.Dengan sengaja patahkan screen laptop member korang.
“La, tak sangka plak boleh patah ek. Tak pa, nanti aku beli gam UHU, kita tampal na. Lagipun, assignment bahagian aku dah siap dah. Tu aku bosan tak tau nak buat apa”.
-Hubungan korang dengan member, mesti akan lebih akrab sebab nak baiki laptop sama-sama.

6.Hidangkan minuman kegemaran group member korang.
“Jemput la minum. Aku beli air ni pakai duit group kita untuk assignment ni. Habis dah duit group kita”.
-Korang akan lebih dihargai oleh member. Dan korang juga tak perlu risau pasal nak jaga duit group assignment korang lagi dah.

7.Menyanyi dengan sepenuh hati.
“Woi! Diam boleh tak, aku nak siapkan kerja pun susah”.
-Korang boleh menjadi lebih akrab bila kena marah. Sebab member korang  dah tak segan untuk meluahkan perasaan dekat korang.

8.Sentiasa ambil berat tentang group member korang.
“Wei, ang tolong tengok Peah tu kejap, dia buat kerja ka dok online FB?”, sambil menyuruh rakan di depan anda memerhatikan yang lain semasa buat kerja semeja. Perkara ini harus dilakukan setiap 3minit.

9.Menonton movie semasa ada group discussion.
“Lawak la cerita ni, darah merata-rata. Rugi la tak tengok. Er..aku tak setuju dengan cadangan ang Shah.
“Walawei….hebat la diorang berlakon. Wei, aku tetap tak setuju dengan point ang bagi tu”.
-Walaupun tengok movie, tapi tetap bagi pendapat masa perbincangan.

10.  Lupa letak nama group member dekat assignment.
“Sorry la wei, aku lupa plak nak letak nama korang, aku letak nama aku sorang je”.
-Korang akan sentiasa dikenang oleh orang lain sepanjang semester mahupun sepanjang hayat.


4 comments:

aku hana said...

haha. aku suka nom 7, 8, dgn 10. hahaha. best tu kalau buat.

Cik Hati said...

@aku hana Berani try la..hahaha

aku hana said...

hahaa. ala yg nom.8 tu adik hang selalu buat kan.

Cik Hati said...

@aku hana tu adik husna la..bukan aku