Korang pernah rasa tertekan dengan group member assignment korang? Berusaha nak ceriakan diri dalam group itu? Mahukan perhatian dari ahli-ahli group korang? Mahukan jalan penyelesaian agar tak terlibat lagi dengan diorang semester depan? Ya, Cik Hati akan memberikan 10 CARA MENGAKRABKAN MENGGILAKAN GROUP MEMBER ASSIGNMENT.
“Hebatnya group Saaodah tu, markah diorang semua hebat. Indahkan dunia kalau dapat satu group dengan diorang. Tak payah nak buat kerja sorang-sorang. Muka diorang pun cantik-cantik, tenang ja hati kalau tengok”.
-Dengan serta merta group member korang akan berbisik-bisik sesama diorang. Baru la nampak mesra kan.
“Wei, laptop aku kena virus la, Trojan, malahan Worm pun semua dah kenyang makan assignment kita. Aku rasa kita kena buat balik dari acknowledgement sampai la conclusion hari ni jugak, sebab lagi 3minit dah kena submit”.
Mesti secara automatic group korang akan jadi kecoh. Baru la ceria kan.
“Aku rasa aku dah terbuang la assignment tadi. Jom kita cari sama-sama dalam tong sampah”.
-Korang mesti akan dilihat sebagai sebuah group yang mempunyai semangat kerjasama yang tinggi.
4.Sibuk siapkan bahagian kerja group lain.
“Jap, aku tak sempat la nak buat assignment kita. Aku nak tolong siapkan kerja group lain dulu ni. Penting tau”.
-Group korang akan dipuji oleh orang lain sebab rajin membantu.
“La, tak sangka plak boleh patah ek. Tak pa, nanti aku beli gam UHU, kita tampal na. Lagipun, assignment bahagian aku dah siap dah. Tu aku bosan tak tau nak buat apa”.
-Hubungan korang dengan member, mesti akan lebih akrab sebab nak baiki laptop sama-sama.
“Jemput la minum. Aku beli air ni pakai duit group kita untuk assignment ni. Habis dah duit group kita”.
-Korang akan lebih dihargai oleh member. Dan korang juga tak perlu risau pasal nak jaga duit group assignment korang lagi dah.
“Woi! Diam boleh tak, aku nak siapkan kerja pun susah”.
-Korang boleh menjadi lebih akrab bila kena marah. Sebab member korang dah tak segan untuk meluahkan perasaan dekat korang.
“Wei, ang tolong tengok Peah tu kejap, dia buat kerja ka dok online FB?”, sambil menyuruh rakan di depan anda memerhatikan yang lain semasa buat kerja semeja. Perkara ini harus dilakukan setiap 3minit.
“Lawak la cerita ni, darah merata-rata. Rugi la tak tengok. Er..aku tak setuju dengan cadangan ang Shah.
“Walawei….hebat la diorang berlakon. Wei, aku tetap tak setuju dengan point ang bagi tu”.
-Walaupun tengok movie, tapi tetap bagi pendapat masa perbincangan.
“Sorry la wei, aku lupa plak nak letak nama korang, aku letak nama aku sorang je”.
-Korang akan sentiasa dikenang oleh orang lain sepanjang semester mahupun sepanjang hayat.