Thursday 18 August 2011

Kejujuran Semasa Exam Mencerminkan Siapa Kita

Assalammuaalaikum dan Salam Ramadhan….
Alhamdulillah la kita still dapat berposa dan tak lama lagi dah nak dekat raya..Sabaq la na..hehe..                         
      K, kali ni cik hati nak cita pasal pa ek????? Erm…er….memang la sekarang nak dekat raya dah..Tapi cik hati tak mau cita pasal raya la…Yang tu, tunggu bulan raya la na..^_^ Cik hati nak cita pasal erti KEJUJURAN SEMASA EXAM/TEST..Nampak macam takdak kena mengena kan..Tapi, besar tau ertinya..Tambah-tambah masa bulan posa ni kan..

K, sebenarnya, Cik Hati terbuka hati nak tulis pasal hal ni sebab  baru-baru ni, Cik Hati da test (dengan tenang hati malas nak study dan hasilnya gelabah taktau nak jawab) 


Dan macam biasa la, pasti korang pun pernah alami hal ni..Aktiviti MENIRU..Saat ni la korang akan nampak keadaan aktiviti keluar masuk tandas berleluasa, handphone akan melekat di tangan, kertas jawapan akan jadi setebal mungkin(coz da nota kat belakang), kawan jadi insan yang sangat bermakna dalam hidup, bunyi batuk tanpa henti dan kepala akan jadi macam kepala zirafah..

Memang Cik Hati sangat tidak merestui dan membangkang sekeras-kerasnya aktiviti sosial ini..(gaya YB membangkang)..
Bukan Cik Hati nak gitau yang Cik Hati ni baik sangat..Tapi agak-agak la kan,bulan Posa pun nak meniru gak ka..JUJUR la sikit dengan diri sendiri..

Tak kisah la bulan Syaaban ka, Muharam skali pun, tak payah meniru..JUJUR la jawab test..kalau dah tak wat revision, sendiri tanggung la atas kemalasan diri sendiri kan..tu orang panggil balasan..(emosi ni haaaaa)

ANTARA KESAN YANG KORANG AKAN TERIMA BILA TIDAK JUJUR :                                       
  1.  Korang tak akan mendapat kepercayaan lagi dalam hidup
  2. Hasil yang korang dapat akan jadi sia-sia
  3. Korang tak merasa nikmat bila Berjaya
  4. Korang akan hilang segalanya bila korang dah kantoi
  5. Orang tak akan memuji korang sebaliknya mengeji

*Ada salah seorang pernah bertanya pada Cik Hati, “sampai bila ang boleh hidup dengan jujur ang tu, dan ang boleh pi jauh mana bila kerja dengan jujur ang tu?”. Cik Hati menjawab dengan nada sedikit meninngi tapi bukan menengking..”aku boleh kerja dengan puas hati dengan usaha aku dan aku akan dapat makan gaji bukan dengan duit hasil MENIPU”..

berpeluh macam mana pun, jawab ja, jangan tinggal kosong
#kepada STUDENT: JUJUR la bila jawab test, kuiz mahupun apa jua anasir dalam hidup anda. Mungkin anda akan berbangga dengan markah yang tinggi, namun, balasan yang anda mungkin terima adalah POINTER/ CGPA anda akan merudum kerana bila FINAL EXAM anda tidak berpeluang MENIRU seperti di dalam kelas.

# JUJUR bukan bererti kita harus berterus terang dan bersikap terbuka terhadap orang lain, tapi kita juga harus bersikap lurus dan ikhlas terhadap diri sendiri..tak perlu menipu untuk mencapai kesempurnaan.

Sekian pesanan dan sedikit nasihat dari Cik Hati. ^_^

2 comments:

mr_right said...

mr right ta pernah buat.. tettt ~~

http://hafizilmi.blogspot.com/2011/08/please-proud-to-be-blogger.html

Cik Hati said...

bgus la klu x pnah wat...usaha sndri la na..hehe