Thursday 11 August 2011

Cinta Bola Jaring, Bola Sepak, Bola Ragbi

Assalamualaikum….
Pernah dengar tak istilah CINTA BOLA JARING, BOLA SEPAK DAN BOLA RAGBI…
Kalau korang tak pernah dengar, mai cheq nak habaq…

CINTA BOLA JARING:

Cinta yang tidak boleh di pegang lama-lama…Apabila cinta korang dah da dalam genggaman seseorang, dengan mudahnya dia akan lepaskan cinta korang. Maksudnya, cinta yang tak kekal lama la senang cita..


CINTA BOLA SEPAK:

Ha, jenis cinta ni, memang korang akan merasa dikejar-kejar dan digilai. Tapi, sayangnya, bila cinta korang dah dimiliki, dengan mudahnya akan disepak dan ditendang serta di’passing’ kat orang lain..

CINTA BOLA RAGBI:

Jenis cinta ni plak, korang akan sentiasa di jaga dan di lindungi dari sebarang gangguan. Cinta korang akan sentiasa di peluk erat dan di jaga agar tidak dirampas oleh insan lain.
Teori dia mudah ja..korang pun tau kan…setiap permainan ada peraturan, cinta pun macam tu jugak. Kalau korang main permainan dengan bersungguh-sungguh dan mahukan kejayaan, korang akan kecapinya.Tapi, dalam percintaan plak, kalau korang bercinta dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh..Korang akan kecapi kebahagiaan.


*Pilih la jenis cinta mana yang korang mahukan..Tapi, ingatlah bahawa cinta yang kukuh adalah cinta yang di redhai Allah serta mempunyai ikatan yang sah.


# Teori cinta ni di hasilkan oleh rakan-rakan cik hati ketika kami sedang rancak berbicara mengenai cinta..

0 comments: