Friday 26 August 2011

Bulan Yang Bermakna


Assalamuaalaikum, amacam posa korang arini? Harap-harap korang semua bersabar la ek, tinggal beberapa hari ja lagi pun nak raya kan..(sedih gak bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dah nak berakhir untuk tahun ni).

Kali ni, Cik Hati nak meluahkan rasa gembira dan penuh kesyukuran…(stail cam naik pentas nak terima anugerah dan bagi ucapan ja kan..hehe) Memandangkan Bulan Ogos dah nak melabuhkan tirainya, makanya Cik Hati ingin mennyingkap tirai untuk tatapan kita bersama…(stail baq ang skali skala guna ayat camni)

Cik Hati memang suka bulan Ogos taun nie..Sebab, bulan Ogos kali ni, da macam-macam perkara bez yang berlaku dalam hidup Cik Hati…Antara yang istimewanya adalah Bulan Ramadhan, Anniversary Cik Hati dengan ehehemmmm… ^_^, Birthday Cik Hati , Hari Raya dan Hari Merdeka…Memang banyak tarikh yang bermakna bagi Cik Hati dalam bulan ni..Senang cakap bulan yang penuh dengan kegembiraan la..Bulan yang penuh dengan senyuman, bulan yang penuh dengan kenikmatan, dan bulan yang penuh dengan pelbagai rasa..(senang nak gambarkan..korang gambarkan la sendiri k, nak melukis susah..hehe)

*Sekadar berkongsi rasa dengan semua, setiap orang akan ada saat yang dinantikan dan mengembirakan, namun setiap perkara yang berlalu akan tetap jadi sebuah kenangan walaupun ianya tidak dinanti mahupun menggembirakan kita..

#Baju Raya korang dah beli ka? Cik Hati dah membeli sakan dah (tema biru tahun ni)….hehehe ^_^

Selamat Hari Raya Semua !!

0 comments: