Saturday 10 September 2011

cukai 6%???? -Ada cara hadapinya...



Ha….Nampak tak harga baru untuk topup..Tak kisah la korang pakai celcom ka, Digi ka, Maxis ka, U-mobile sekali pun..Harga dia tetap sama…Cukai yang dikenakan pun tetap sama iaitu sebanyak 6% mulai 15 SEPTEMBER...Ya kawan-kawan semua sebanyak 6%...Nampak tak sebanyak 6% (ENAM PERATUS)..Apahal Cik Hati ulang banyak kali ni???? Nampak sangat gelabah kan…

Rileks-rileks…Hal ni boleh diterima dengan tenang dan hati terbuka k..(sambil hempuk-hempuk meja dengan kad topup)..Cik Hati ada plan untuk kita semua bagi mengimbangkan semula bajet kita ke atas perbelanjaan topup ya kawan-kawan…Jagan risau na..Jom kita handle dengan tenang dan matang ya..

  •    Pergi beli stok topup banyak-banyak sebelum 15 SEPTEMBER.  
  •     Pastikan penggunaan kredit korang dicatu..Kalau boleh mesej ja, tak payah call.
  • Sentiasa pura-pura tertinggal handphone, dan pinjam handphone kawan untuk buat call/mesej. 
  • Kembali ke zaman kegemilangan penggunaan public phone.
  •  Giatkan membalas mesej dengan menggunakan Facebook/twitter/Myspace..(da lagi ka pakai myspace??) 
  • Aktifkan akaun Yahoo Messager(YM) atau Skype bagi menggantikan penggunaan video call-3G. 
  • Pergi beli Smartphone k…Kalau boleh yang da Android k..(stail nak yang hebat saja) 
  • Sentiasa la bawak laptop ke mana saja korang pergi.(nak online macam mana kalau takdak smartphone kan).
  • Sentiasa lah berdoa agar kerajaan menarik semula cukai tu k…(usaha dulu baru la berserah k..)

*Cik Hati nak jugak update blog lepas ramai yang kecoh-kecoh tentang hal ni kat blog dan facebook. (Nampak la up to date sikit walaupun lambat update entry pasal hal ni kannnnnnn =_=”)

2 comments:

mr_right said...

dah malas nak pakai fon dah pasni. huu

Cik Hati said...

@mr_rightdah tu, ko nak pakai public phone ka?