Thursday 8 September 2011

Bertunang di Usia Muda??? erm,....."Dok Pikiaq Lagi"

Cik Hati tak suka golden ring, kalau cincin macam ni boleh buat cincin tunang tak?hehe....


Cincin belah rotan yang sinonim dengan cincin merisik
BERTUNANG….Ada cincin di jari manis, banyak hantaran yang cantik-cantik,dapat melaram baju yang stail. Bunyi macam best ja kan..Ha, dalam dok best tu la banyak dugaan dan perkara yang perlu korang pikirkan…(Assalammualaikum, semangat sangat nak bercerita sampai lupa nak bagi salam dulu..gelojoh sungguh…=_=”)..Baik lah,dengan lafaz Bismillah, ayuh kita mengupas lebih lanjut mengenai hal ini yang semakin berleluasa di kalangan golongan yang ingin meneruskan perhubungan ke peringkat selanjutnya..(Macam berpidato kan ^_^)

Zaman sekarang dah tak macam zaman dulu kan.Dulu family yang carikan jodoh, sekarang masing-masing dah pandai cari sendiri dan ada jugak yang “pandai-pandai buat keputusan sendiri” (lari ikut kekasih hati katanya…) 

Kalau dah suka sama suka apa lagi, try la tips ni:
Berkenalan-->Jumpa bakal family --> Bodek bakal family --> Merisik--> Bertunang--> Berkahwin-->Korang sambung la sendiri k…..

Ha…nampak tak tips yang Cik Hati cuba sampaikan tu…kalau nak nampak lebih jelas..try la sendiri..hehe..Bukan apa, kebelakangan ni, ramai plak kawan-kawan  Cik Hati yang dah bertunang..Alhamdulillah jodoh sampai awal..Tapi yang jadi isu sekarang ni, bertunang di usia muda ni sempoi ka? Boleh bersabar ka? Trend kah?

Bertunang bukan perkara mudah dan remeh. Ianya melibatkan kedua belah pihak keluarga.Kena jaga hati, Jaga maruah keluarga, Jaga tatasusila kita…Dalam tempoh bertunang ni la, macam-macam dugaan yang datang. Masa ni la masing-masing nak tunjuk perangai, keluar habis semua sikap negatif yang selama ni di pendam sepanjang “ bercouple”. Ada yang tunjuk sikap panas baran, sikap makan dengan lahapnya,serta  sikap berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai(terkentut, sendawa bagai nak rak, gelak sampai nak runtuh bumbung).

Tak salah bertunang di usia muda, kalau kita dah matang dalam membuat keputusan dan tahu menilai mana yang terbaik untuk kita. Jangan sesekali belakangkan family kita kalau dah bercinta. Restu family sangat penting terutama restu ibu dan bapa kita. Dalam tempoh bertunang ni kita akan dapat mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam lagi dan dapat buat persediaan ke alam perkahwinan.

 Belajar terima pasangan anda seadanya kerana saat anda memilihnya sebagai tunangan anda, pilih lah juga dia sebagai pasangan dunia akhirat anda.

*Tahniah untuk kawan-kawan Cik Hati yang dah bertunang. Semoga ikatan murni itu, di jaga rapi agar semakin mekar dalam alam perkahwinan. 

#Apa hal plak Cik Hati rasa entry kali ni macam Cik Hati menulis dengan matang je…(kira dah boleh bertunang la ni ek….duuussssshhh…mau kena penampar dengan mak ni,gatai sangat)

2 comments:

mr_right said...

aku tunggu berita pertunangan dari hang ek !hhahahha

Cik Hati said...

@mr_right
insyaallah,dalam 4/5 tahun gi..doakan la k..hehe..(gatai)